Satu Hari Raya Aidil Adha di Surau Taman Safiah Murni

Majlis Qurban dan Aqiqah  lembu  di Satu Hari Raya Aidil Adha di Surau Taman Safiah Murni

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Apa khabar orang kampung?

Assalamualaikum wbt.

Diam tidak diam, blog ini sudah naik bersawang. Tanpa disentuh oleh admin. Angkara sosial networking yang hebat sejak dua menjak. Sehari dua ini kenalan lama semasa di SMJK St. Dominic, telah add saya sebagai rakan fb. Beliau ialah ialah seorang ustaz muda, Razali Abu Noh.

CG Leham ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt. Lama tidak mengupdet laman sesawang ini. Dua tiga hari yang lepas CG Leham Md Som menalipon. Dia dan isterinya akan ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak keduanya yang sudah tamat penggajian di Univesiti Malaysia Terengganu (UMT), dulunya KUSTEM.

Kelmarin, saya kebetulan berada di rumah emak di Kerteh, hujan  di Terengganu turun beberapa hari. Ketika berada di Dungun, dalam perjalanan balik ke Kuala  Terengganu, CG Leham sempat menalipon lagi. Dia sudah berada di Kerteh di rumah seorang sahabat lamanya yang menjadi eksekutif Pertronas.

Petang, CG Leham ke rumah sahabat lama kita, CG Ismail Jusoh. Selepas isyak, saya pergi jemput CG Leham yang sudah menunggu saya di Shell Bukit Payong, isteri saya sangat teruja hendak bertemu CG Leham, maklumnya bekas guru Sains dan Bahasa Melayu dahulu. kami berborak pasal sejarah lama. Pagi ini mereka ke UMT dan awal-awal lagi isteri terpaksa pamit minta permisi kerana terpakasa berkerja…antara sahabat isterinya berkerja sebagai penjawat awam di jabatan kesihatan ialah CG Leham, CG Razak, CG Rashid dan saya. macam berpakat pulak…

CG Leham dan saya

CG Leham dan saya

CG  Leham bersama isteri dan anak

CG Leham bersama isteri dan anak

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt, semua sahabat jauh dan dekat. Sekarang bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa 2, iaiatu fasa keampunan. Semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala, dan diberi keampunanNya. Insya Allah, dengan menoleh ke belakang sejenak dengan doa dan harapan agarkita semua diampunkan dosa-dosa kitayang lalu. Amin

Apa khabar di sana?

Assalamualaikum wbt.

Lama saya tidak menjengah tapak ini.  Terasa amat rindu dan hampir bersawang. Apa khabar rakan-rakan di sana? Semoga Allah memberi kekuatan, kesejahteraan, di murahkan rezekiNya. Insya Allah dikesempatan yang lain, semoga kita akan bersua suatu hari nanti, wassallam.

Kurban

Selamat Hari Raya Aidiladha kusampaikan untuk semua Muslimin dan Muslimat seantero dunia, khasnya kawan-kawan karib dan sahabat handai di mana jua berada. Umat Islam yang menunaikan Rukun yang ke 5 sedang berhimpun di Padang Arfah, di waktu ini. Ku panjatkan doakan kepada sahabat-sahabat yang sedang menunaikan ibdat Haji dikurniakan haji mabrur dan selamat menjalani ibdat kurban.

Esok, kita di sini pun akan menunaikan solat aidiladha dan selepas itu masing-masing akan menjalanai ibadat kurban. Selamat berkurban. Di sini saya letakkan gambar keluarga Leham.

Gambar Keluarga Cikgu Leham

Klik imej untuk saiz lebih besar

Selamat Bercuti

Hari ini, Jumaat dan sudah mula bercuti seminggu bagi anak-anak di sebelah sana. Walau bagaimana pun, esok 18 hb. Ogos. Aku seperti macam-macam hari sabtu yang biasa berada di sekolah. Hehehe, sedia maklum aku tak dapayt bergerak ke mana mana (keluar daerah maksud aku). Aku ucapkan doakan agar Wak Leham yang akan berkunjung ke rumah Rashid, Nasharuddin, Azalan- Selamat pergi dan balik dalam misi menghadiri konvo anaknya.

Kabare Datuk Ramiji?

Bosan yang amat semalam. Sementara menanti isteri bersiap untuk syif malam. Aku cuba-cuba berSMS dengan OKK Datuk Ramijie Abdul Rashid yang kini berada di Perak Darul Redzuan dan Encik Hanafi Arshad, di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Ternyata tidak sia-sia. Datuk OKK Ramijie membalas SMS dan dia bertanya macamana dapat no telefon bimbit dia.

Aku membalas lagi dengan menyatakan nama aku. Sangkanya Miss Capili yang hantar SMS, haha dari jawapannya Datuk OKK ni dari dahulu memang suka melawak sempoi. Aku cuba bertanyakan anaknya yang si Hafna dan yang lelaki, aku agak lupa namanya. Khabarnya Datuk OKK ni dah mempunyai 2 orang cucu. Sangka aku anaknya Afri itu anak sulungnya. Tak sangka Datuk OKK antara kawan-kawan yang dudah mendapat pangkat datuk. Tok Wan le tu…