Cerita ceriti aku kali ini ialah tentang kucing. Apa yang pelik tentang haiwan ini? Kucing, ialah sejenis haiwan peliharaan. Akrab dengan tuannya (manusia) kalau ianya dicakna makan minum dan kesihatannya. Dari sudut psikologinya, spesis haiwan ini memerlukan belaian dan sebagainya. Yang tidak seronok tentang haiwan ini ialah suka membuang sisa-sisa dalam perutnya di merata-rata. Itu yang membuat spesis kita tidak suka memelihara haiwan itu.
Ini tentang tabiat pelik salah satu kucing peliharaan kami. Kucing yang saya maksudkan ialah seekor kucing kampung. Bukan macam watak dalam filem animasi sebagainya. Apa yang pelik dan agak kelakar tentang kucing yang sudah beranak pinak ialah tabiatnya suka mengutip stokin-stokin jiran. Ianya akan membawa balik setokin-stokin dan letaknya diruang tamu di hadapan tv. Agaknya tuan rumahnya (aku) dan anak-anak tidak mampu membeli stokin agaknya. Kalau tidak sabar, rasanya mahu sumbat mulut kucing itu dengan stokin-stokin itu. Kelmarin, jiran kami datang bertanyakan fasal stokin-stokin. Jenuh suami dan anak-anaknya mencari stokin-stokin mereka. Isteriku telah menunjukkan selambak stokin-stokin yang di kumpulnya diluar rumah. Malunya kami dan alahai kucingku….

