Mukadimmah

Posted on Julai 10, 2007. Filed under: Jejak Sahabat |

Dengan nama Allah Yang Pemurah dan lagi Penyayang.Seseungguhnya blog yang diwujudkan ini semoga dapat menjalinkan kembali tali silaturahim antara kawan-kawan seperjuangan. Setelah sekian lama dan lebih 20 tahun  dipisahkan oleh jarak dan waktu antara kami yang pernah berkhidmat di Lahad Datu, Sabah dan di mana jua sekarang ini, khususnya bekas guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di SMJK ST. DOMINIC, Lahad Datu, Sabah.

Semoga rakan-rakan taulan dapat info sedikit sebanyak melalui blog Jauh Di Mata Dekat Di Hati Ini.

Sekalung tahniah dan syabas kepada rakan Encik Abdul Rashid Hj. Sulaiman yang mengambil inisiatif menghubungi saya dalam beberapa minggu ini. Ingatan bersama kawan-kawan dirasakan masih segar ketika berada bertugas di sekolah yang banyak mengajar erti persahabatan. Tampillah dan di manakah anda berada sekarang?

Cg RashidPutera-Puteri CG RashidFamili Cg Rashid

Gambar Encik A. Rashid dan familinya.

 Cg Leham Md Som

Gambar CG Leham Md Som diambil sewaktu berkunjung ke rumah CG A. Rashid.

CG Zucalfy

Gambar CG Zucafly

Cg Md Khir

 Gambar CG Md Khir Kasmuni

Make a Comment

Make a Comment: ( 25 so far )

blockquote and a tags work here.

25 Responses to “Mukadimmah”

RSS Feed for Jauh Di Mata Dekat Di Hati Comments RSS Feed

Ewah!…cool nampak..itulah style awak dari dulu lagi…semoga berbahagia

ecece…terima kasih Wak. Insya Allah saya akan letak foto Wak kat sini pulak..
heboh-hebohkan kepada sahabat-sahabatlain.

Mesej yang aku terima awal pagi 16.7.07 luar biasa. Gaya macam kawan lama. Suspen. Masa tu aku baru lepas meninggalkan sekolah, selepas berjumpa dua orang guru KDC di Merlimau. Lepas tu, kawan ni menelefon. Aku berhentikan kereta di tepi jalan. Dia suruh teka siapa di talian. Ingat orangnya tapi lupa nama sehingga dia beritahu nama sekolahnya. Rashid rupanya. Lepas tu dia sebut nama seorang murid! Aduh, kenangan manis di Lahad Datu. Terima kasih Shid kerana menyambung ikatan kekawan kita.
Waktu di pejabat, ada seorang lagi kawan hubungi, tak kenalkan diri. Nombor aja terpapar di fon. Ada cerita menarik masa silam dapat dikongsi! Suhaimi lah tu! Zulcafly pula hantar mesej tapi aku tak baca habis hingga tertanya-tanya pengirimnya.

Cadangan nak jumpa semula memang bagus sangat. Diam-diam dah 20 tahun meninggalkan LD. Untuk makluman kekawan, aku sekarang bertugas di IPPM. Tak duga nak gi situ. Asalnya bertugas di Melaka sebelum sambung belajar di UPM. Kemudian posting di SM Sains Raub. 1995 balik Melaka, terus ke MPPM. Lama lepas balik baru bertemu jodoh (1993). Anak tiga orang (puteri belaka). Dengan Awang Koding biasalah jumpa sebab kami terllibat dengan aktiviti DBP. Rindu dengan kekawan terpendam saja sehinggalah dihubungi Cikgu Rashid. Makin handsome apabila dah lebih tua daripada dulu! Azam juga pernah jumpa sekejap sebab anaknya belajar di maktab.

Cukup dulu…menunggu kok ada kekawan menghubungi. Wasallam.

Tengok gambar pasukan bola, kelakar. Taklah pandai! Tapi tengok muka masa muda (h…he, he, he…)Kawan kita yang pandai main gitar, dari N9 tu sapa namanya? Aku tumpang nyanyi aje. Apa kata kita buat trip ke St Dominic dengan AirAsia?

Wah nostalgia juga dengan cara CG Mohamad menulis. Almaklumlah orang sastera..

Gitaris kita dari N9 itulah CG Mohd Shah, masa dia mula-mula balik khabarnya bertugas di sebuah sekolah di Felda di N9. Manalah tahu, kot2 dah jadi pegawai pendidikan…

Zul !!, hang silap kot. Mohd Shah tu nama bapak dia. Nama dia Alias (Yeh) – itu pun kalau betul itu orgnya yang Cek Mad kita maksudkan. Mohamad Harun pun boleh main gitar – org N9 gak.

Boleh gak kita buat trip ke Lahad Datu macam Cek Mad kita cadangkan….. kot-kot boleh jumpa Jometa…..hi….hi….hi….

hahaha kantoi…tu le, memori dah 2 coreduo tapi broadbandwith ada gangguan sikit… semalam dok pikir-pikir balik sampai bawak kereta tak mari-mari nama tu..nama Md Shah yang timbul…

Memori aku CG Mohd ( Harun terlupa pulak) kawan serumah CG Manaf Ulang, Ustaz Ismail Yahya, Ustaz Azahar Ujang dan CG George Cheerian dulu tu.. pakar masak lemak cili api..podeh tul. Masa tu hang dok serumah dengan CG Razak Bid. Hang ingat tak satu cerita kawan tu mengigau cari gambar tunang dia tu… Hang dengan Ci Pi la punya kerja, hehehe

Engkau orang nak balik LD ke tahun ni? Engkau orang tahu tak sekarang ada bus KK-LD? Tambangnya dalamm RM35 je. Tapi kematulah ponggong kita pasal journey tu ambik masa 9jam….

aku dah naik dah bas espress dari LDU ke KK makan masa lebih kurang 7-8 jam. Stesyen bas dekat dengan Taramiza Restoran (sebelah kuburan Kg Hj. Khamis). PPD Lahad Datu pun kat situ gak. Bandar baru tu depan airport.

sekali aku dan family kena chong oleh pemandu bas dari KK-LDU. Dia kata nak bagi pengangkutan yang spesel untuk pelancong. tau-tahu dia bagi bas mini mercedes, aku pun suka sakan lah sebab aku dan family aku semua ada 6 orang termasuk begasi-begasi aku, kotak keropok dan toto beg.
apa tak temper orang rumah aku, kami terpaksa berhimpit dengan penumpang lain. dah bayar 35 seorang. sampai sakit badan kami. satu minggu kena leter di orang rumah, baik ambik bas besar.
bas tadi tu sebenarnya destinasi ke Semporna. huhuhu jadi kai berhenti tengah jalan simpang Jln. Segama Lama-Jalan Sandakan.

Kalu cam tu, tak yah le naik bas lagi… nyeksa badan. Naik flight lagi baik.

naik fokker mahal Shid, aku rasa +rm100. Itu pun one-way. Kalau enam orang dah beribu untuk tiket saja. Apa pasallah tak bagi tiket sampai LD…..

Ala…naik bas besar je!

aku ke Langkawi- meting dari 16- 20 july 07. Tp aku bergerak (drive) dari KL Ahad lagi (15hb.) Takut tak sempat feri, aku cal suhaimi. Lewat ptg sampai kangar, cal lagi & dia ajar jln ke rumahnya dikws mata ayer. So, tido rumah dia mlm tu sambil sembang pjg. Jenuh juga mkn durian yg pokoknya depan rumah sja tp agak lebat buahnya. Mlmnya pg makan ikan bakar di kuala perlis.
Untuk sahabat2 yg belum mengetahui, suhaimi skg cuti belajar (master math di UPSI- fulltime). Dia adalah pensyarah di Matrik Perlis – kot2 la ada anak2 yg nak masuk matrik boleh la guna kouta dia ( boleh la kot rasanya). & 1 lagi cerita dia dah dpt AMP dr sultan perlis – mungkin dia tak suka aku bg tahu tp aku rasa tak pe kot – bknnya cita tak elok….
nyesal pulak tak ambik gambar dgn dia ari tu. klu tidak boleh masuk sini…

Respon kpd komen no.12:
Azam, hang kena sentiasa bawa kamera ke mana-mana hang pi. Kalau jumpa kekawan boleh ambil gambar depa. Lepas tu boleh masukkan ke dlm blog ni utk kekawan lain tengok. Satu lagi, kalau hang ke Melaka ricky tengok di mana Mohd Shah Sidek. Kalau ke N9 cari-cari Alias Md Shah dan Mohamad Harun. Kalu ke Johor cari-cari Abd Manaf Ulang dan kalu ke Kelang, S’gor cari-cari Mohammed Faudzan Abd Karim…wokey!!

Suhimi ada call tahun lepas. Masa tu anak kawan baru habis Matrik kat Changlung. Tak sempat pi cari dia masa gi Kuala Perlis. Pekena laksa dan puluit durian kat kedai depan setesyen bas Kuala Perlis.

Sorang lagi nak kena cari: Ustaz Azhar Ujang !!

respon no 12: Sibuk betul kau Zam! Harap jangan diambil mudah tentang kesihatan diri. KAlau tak sihat tu jangan cepat-cepat telan panadol….back to the basic (natural) man! Aku pun ada terjumpa Suhaimi di Kl ..duuuuluuuuu…tahun 1997. Tahniahlah pada Mie atas anugerah sultan tu…aku tumpang gembira.

Tahniah juga dari aku untuk Suhaimi,AMP.

respon no 16: terima kasih atas nasihat. aku jarang makan ubat kecuali terdesak. Tp semenjak duamenjak ni, aku makan ubat kesihatan SURBEX ZINC – beli kat farmasi biasa je. Multi vitamin. Sejak makan 2 mula ogos tahun lepas, rasa2 nya, baru sekali demam – 2 pun satu hari sahaja. Berair idung pun tak pernah. Tak tau lps ni….

Jel.. cuba kao tanya geng2 fotografi kao, pasai kamera panasonic lumix fz50- apa komen depa.

Tahniah untuk CG Suhimi daripada aku jugak

Agak-agak le, anugerah yang Suhaimi terima tu membawa gelaran apa ye?

tak de lah sampai dato’ rasanya tp dia punya sain 2 lagi laku lah – rekomen anak mask matrik tak de masalah….

hohoho..nanti boleh minta tolong ni..

Saudara,
Melalui google saya akhirnya dapat mengesan sahabat lama saya sejak tahun 1976 yang gambarnya terpapar di halaman blog Saudara. Saya cuba mencari beliau sejak 1980an namun gagal. Terima kasih atas laman blog Saudara. Mohon jika Saudara sudi hubungi saya untuk saya bertanya lanjut dan seterusnya dapat saya berhubung semula dengan sahabat saya tersebut. Di atas kesudian Saudara saya ucapakan setinggi penghargaan dan terima kasih.

Asalamualaikum …….. Contact Num Cikgu Leham please (mine 016-2546205)


Where's The Comment Form?

    About

    Mendekatkan yang jauh dan menjalinkan silaturrahim

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...