X-Files dari lensa CG Rashid

Foto-foto yang di update ini adalah rakaman jurufoto profesyional Cg Rashid. Saya, belek-belek album untuk mengembalikan kenangan dan nostalgia dahulu.

Gambar Staff Pagi dan Petang, berlatarbelakangkan Bilik Guru.

Bersurai dulu sekejap sementara jurukamera dan pengarah mencari lokasi dan syot terbaik.

Staff pagi 1982Gambar staff 1982Gambar Staff 1982

Lagi mahu kasi ingat.

Bola sepak guru SMK St. Dominic

Team bola sepak Kelab Guru SMK St. Dominic.

Ustaz Azhar sedang memberi taklimat kepada anak-anak buah.

Duduk dari kiri; CG Ali Mansa, CG Razak Bid, CG Ku Abdullah, CG Francis Yantim, CG Nasiruddin (tunduk) dan

CG Joseph, CG Zucafly, CG Mohd Khir, CG Fauzan.

Di latarbelakang, CG Azalan Rahim dan pelajar-pelajar.

Bola sepak guru-guru

Berdiri dari kiri: Ustaz Azhar Ujang, CG Zucafly, CG Ali Mansa, CG Francis Yantim.

Barisan kedua dari kiri (duduk) CG Mohamad Musip, CG Ku Abdullah,

Barisan ketiga; CG Suhimi Yahya, CG Alias Mohd Shah dan Fauzan Karim dan

Berdiri di belakang: Ustaz Yahya Ismail Yahya dan CG Razak Bid.

“Okay boys, inilah posisi yang kita akan main menentang Uruguay.  Ekau tigo orghang jangan kasi dia orang limpas itu petak penalti. Kalau tidak elaun tarak bayar kalu..” agaknya itulah kata-kata peransang jurulatih dan kapten , pengurus pasukan pun dia juga.

25 thoughts on “X-Files dari lensa CG Rashid

  1. Shid, aku betui-betui teringat lu orang semuala… terlebih la pulak si Ku Dollah ngan Milah tu, cam ne gak mukanye sekarang, ada lagi yang x masuk book tu, si Azhar, Mail dan beberapa nama lain yg dah lupedah…..

  2. Shid,…adik kepada awek yang duduk di sebelah Ku Abdullah tu namanya Mahil kan! Aku ada jumpa Si Mahil tu……terjumpa di Terminal 3 Subang Airport, pada tahun 1997 kot.Hang tau tak, dia kahwin dengan orang Terengganu. Si Mahil tu kerja dengan Bank Di KL. Jawatannya rasanya managerlah……dan dia tengah buat project. Aku rasa dia mungkin bermastautin sinila. Kemudian aku tanya pasal kakak dia tu (si Awek tu). Katanya dia dah balik Lahad Datu. Dan baruuuuuuuu saja kahwiiiiiiiiinn!KIta doakan mereka tu bahagia!

  3. Betoi ke Awangje!! Tapi dah 10 tahun hang jumpa dia di airport tu. Dimana siMahil tu sekarang ni noooo!! Si awek tu pun kalu nak kira dah 10 tahun le dia kawin. kalu setahun sorang dah 10 oiii anak dia….he…hee..hee Semoga mereka tu berbahagia….amin.

  4. Leham! Hari Sabtu tadi 14/7/2007 aku ada tepon Ku Lah. Dia Penolong Kanan SK kampong Pauh, Yan. Bini dia PK SK Langkasuka. Kata dia siMilah tu mata dia dah tak berapa nampak. Elok sikit drp Razak Bid kot. Aku ada no. tepon sekolah siMilah tu kalu hang nak kontek aku.

  5. Zul,…aku silap tak mintak phone number si Mahil tu….pasal dia tak dapat bersembang lama dengan aku. Tapi kalau nak tahu alamatnya di KL atau Ganu bolehlah minta Nagtiah Senin tanyakan pada Kerabat Si Mahil tu….

    Shid, Razak dengan Si Milah tu ada kencing manis ke? Sesetengah pesakit diabetis memang ada problem tu……atau cataract ke? atau gluokoma ke? Info kat aku sikit, mana tahu boleh tolong.

  6. Awangje, si Razak tu tak ada le kencing manis. Dah jumpa segala pakar. Penyakit dia tu penyakit keturunan. Kakak dia 2 org jadi macam tu. Adik dia sorang. Mungkin masalah saraf.

    Si Milah tu tak tau le pulak. Tak dapat info penuh dari Ku Dollah.

    Yang ada kencing manis Azalan (Don). Dua-dua kidney dah out. Tapi sejak buat homodialisis dia tak makan ubat kencing manis dah. Kesian gak dgn Azalan tu. Petang kelmarin (18/7/2007)dia datang rumah aku. Turun kereta duduk atas wheel-chair – lembut lutut sikit lepas homodialisis 2 hari berturut-turut.

  7. Semoga kesihatannya bertambah baik, terkedu aku bersembang dengan Don kelmarin.
    Itupun dia sempat pergi hantar buah-buah untuk anaknya dan singgah rumah hang, Syid.

  8. Sembang pasal sakit buah pinggang kawan kita tu (Don), aku ada sembang dengan Dr. Syid Ayyub, leader E-Gamat Emas tu….dia kata pesakit begitu keadaannya tergolong pada ‘tiada jaminan untuk semboh’ melainkan untuk maintain je….itu ramalan kitalah….kehendak Allah kita tak tahu.Pesakit ini pun tak boleh ambil ubat atau makanan tambahan yang memerlukan minum air banyak-banyak. Sebab pesakit ni bermasalah untuk remove urine nya dengan mencukupi.Takut nanti air tu tersimpan di mana-mana yang badan nak simpan. Aku pernah jumpa pesakit sebegini…..Tapi aku belum jumpa Don lagi. Jadi Condition dia tu aku belum pasti 100%.

  9. Abd Rashid Sulaiman Says:
    July 18th, 2007 at 1:52 pm e
    Zul!!! hang ni tunggang tebalik le!!!! Ustaz Ismail Yahaya bukan Ustaz Yahaya Ismail!!!

    aku dah perbetui dah…tunggang terbalik dan haru biru..

  10. Aku cadang nak ke Utara raya tahun ni, cadang je….belum tentu jadi.Bergantung keadaan kereta lama aku tu. Kalau dapat sambar avanza 1.5 ke Innova ke sebelum raya ni cerahlah peluang.

  11. Asalamualaikum kekawan,

    ada berita baik………..aku jumpa alamat kerja Hussin manaf. Ini alamat dia:

    SMK DATUK PENGIRAN GALPAM
    Peti Surat 200, Pejabat Pos Jalan Utara, 90307 Sandakan, SABAH, Malaysia No.Tel : 089-211604
    Boleh tak sesiapa kontek dia. Selepas dapat bercakap dengan dia barulah beri tahu bloq kita ni padanya. Aku seganlah nak cakap. Maklumlah dia Pengetua. Gambarnya nanti aku masukkan dalam fotopages aku. Bolehlah Rasid upload ke web kita ni!

  12. Salam, buat CG Jelani Paniran…saya masih ingat lagi CG Jelani yang baik ini…Saya Subarjo orang Lahad Datu anak murid kelas CG Jelani Tkt 1C (1982) & Tkt 2H(1983). sekarang saya bekerja di Kuala Terengganu sebagai Pegawai Sains. Berkahwin dengan orang Terengganu tahun 2002. Terima kasih banyak CG Jelani dan CG2 yang lain atas jasa-jasa mendidik saya. Yang paling saya ingat juga CG Azam..megajar BM Tkt satu. Dia sebut aja mukasurat topik yg hendak diajar tanpa tengok buku….hehehehe bila tengah mengajar kekadang siaran tergendala sebentar sebab flight nak mendarat sebab SMJK St. Dominic dua tiga depa aja dari landasan kapal terbang LD.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s