Dari CG Azam

Posted on Julai 25, 2007. Filed under: Gambar kitab lama, Jejak Sahabat |

Semalam, aku bertugas syif malam sebagai pemandu kepada isteriku. Setelah menghantarnya ke tempat kerja aku langsung ke bandar dan ke bank. Selepas itu singgah sekejap di cc untuk tengok kalau-kalau ada mel baru dan untuk pindah komen-komen ke folder Sembang-Sembang.

CG Azam kita ada mengirimkan 6 keping gambar lama. Amat menyentuh hati ku dan terkedu melihat gambar-gambar tersebut. 2 di antaranya gambar-gambar bersama arwah Rejabhad. Gambar-gambar ini amat kuperlukan, syukur Allah memakbulkan doakan dan terima kasih kepada CG Azam. Dengan perasaan teruja lalu aku hantar SMS kepadanya. Beliau membalas dengan pesanannya “ada lagi gambar dan pelan-pelan kayuh, enjoylah..”

Memori IIMemori IIIMemori IVMemori VIMemori VII

 Memori 1Memory V

Dua keping gambar ini aku letak lambat. Antara koleksi Azam yang paling mahal dan aku sangat-sangat memerlukannya. Semalam aku poskan entri di blog komuniti aku.  Azam, suka membaca terutamana majalah Fantasi, Gila-Gila dan LELAKI.  Ketiga-tiga majalah ini kami saling berkongsi beli dan baca. Yang selalu beli,  selalunya Azamlah.

Dia selepas balik sekolah akan turun ke bandar LD, tentunya kedai buku Sabah Bookstore yang bersetentangan dengan klinik Dr. Chow (ntah aku lupa pulak Presiden Kelab Rugbi Lahad Datu) , Faudzan S/U nya, nanti cerita lain..Tak kiralah samada seorang diri atau aku menemaninya. Ambik teksi ditepi airport cajnya dua rinngit. Selepas dapat yang dicari bawa balik buah tangan..nangka yang sudah dibersihkan atau pisang seplastik dengan harga singgit. Berat bawak…huhu.

Gambar ketika makan tengah hari di rumah baru Azam dan Md Khir. Laut simple jer, makan panas-panas seronok dengan pekena nescafe panas.  Suhimi, Don pun join sekali. Lepas makan, rehat-rehat di ruyuang tamu. Pak Jab, sain otograf di buku kartun koleksi Azam

Make a Comment

Make a Comment: ( 9 so far )

blockquote and a tags work here.

9 Responses to “Dari CG Azam”

RSS Feed for Jauh Di Mata Dekat Di Hati Comments RSS Feed

gambar 1 tak yah cite sbb background belakang menceritakan segalanya. tp aku rasa dengan wujudnya gambar ni lah cik pi pasang niat utk bertungku dlm bilik…
gambar 2 tak berapa ingat tp rasanya baru balik makan2 dari hotel mido – fried prawn.
gambar 3 tu ialah kat aiport lahad datu – hari terakhir aku & suhaimi di sana. don ada sama sbb dia nak balik kampong.Yg terlindung balik ku 2 md khir.
Gambar ber2 dgn zul 2 ketika baru2 masuk rumah baru. Org ber2 tu tak penting tp aku nak menarik perhatian hang pa pd benda yg ada di rak – yg bawah tv 2. kerana benda 2 lah kami/kita bersengkang mata untuk
merasai/menikmati (?) teknologi yg dikira agak canggih pada tahun itu – dosa masing2 tanggung aaa!? (kami sedia kemudahan je…..)
Gambar last 2 masa dating dgn zul di ktrg- tahun berapa tak ingat . Yg pasti itulah rambut terpanjang yg pernah aku tersimpan.
Semua gambar rosak di bhg tepi kerana album pernah terendam dlm banjir di rumah aku di trg. (letak bwh katil – air cecah lantai)

aku nak ngucap toche-toche kepada cg Azam nih, dia pun banyak menyimpan gambar-gambar lama. masa tu mana teknologi digital dan internet segalnya..

hehehe apa-apa pun, siri kartun yang menjadi top dalam pasaran baru-baru ini turut kita semua enjoy…TRANSFORMERS..

mmg aku ada banyk gambar sbb man jd camera men. aku sebenarnya byk utang dgn man. gambar2 2 byk aku main ambek je tp tak byar – dah tua2 ni baru terasa berutang. aku tak taulah dia rasa mcmana. harap2 aku dpt bayar dgn cara tersendiri bila jumpa dia nanti.. ko kena tima kasih kat dia juga.
aku kurang minat katun jepun. i stil prefare marvel comic. aku blaja bahasa inggeris pun dgn superheroes2 2 semua. so, ko tgk la english aku mcmana – semua gramma (& grampa) kelam kabut.

betul tu, kartun dan comics mengajar kita berkomunikasi..kekadang kita merasakan kita masih seperti anak-anak…

hang punya English mungkin sudah maju dari aku hahaha, sebab selalu big-big person dan deliver speech kat seminars..

bab gambar, aku pun ada utang gak dengan abe man kita.. jadi cameraman ni skills perlu banyak..salah satunya tabah menghadapi cobaan dan sanggup “ye lah” haha dan satu lagi mmg dia sendiri tiada dalam gambar unless stated kat caption this photo is taken by..

okey, aku nak attend meeting MSS security management one whole day..

aku baru dapat masuk ni,…..line di rumah problem sikit. Ini di school ni,

Aku boleh bayangkan rumah ru….betul-betul di kaki bukit(lepas rumah hang tu jalan mendaki kan!). Aku jarang bertandang ke rumah hang sebenarnya, buka apa; aku sibuk dengan rutin aku….jangan ambil hati haaaaa.

hahaha naik bukut turun bukit beb..yang selalu ke sana ialah CG Man, Ustaz Ismail, CG Alias Ali

yang menarik mata aku ialah baju-baju yang dipakai. Semua baju-baju tu hebat-hebat belaka. Apa tidaknya, cop Van Houston, dan lain-lain lagi (aku pun dah lupa). Kalau beli yang ‘new’ di kedai memang berdegup juga jantung. Tapi aku masih ingat, di mana kita boleh dapat beli baju tu dengan murah. Suhaimi dengan azamlah yang rajin ke situ!..tak silap aku , aku ada empat helailah…….dua helai masih ada lagi. Engkau ada berapa helai Zul?

ada lagi satu warna pink dan buruk dah..


Where's The Comment Form?

    About

    Mendekatkan yang jauh dan menjalinkan silaturrahim

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...