Alahai kucingku

Posted on Julai 31, 2007. Filed under: Cerita Ceriti |

Cerita ceriti aku kali ini ialah tentang kucing. Apa yang pelik tentang haiwan ini? Kucing, ialah sejenis haiwan peliharaan. Akrab dengan tuannya (manusia) kalau ianya dicakna makan minum dan kesihatannya.  Dari sudut psikologinya, spesis haiwan ini memerlukan belaian dan sebagainya. Yang tidak seronok tentang haiwan ini ialah suka membuang sisa-sisa dalam perutnya di merata-rata. Itu yang membuat spesis kita tidak suka memelihara haiwan itu.

Ini tentang tabiat pelik salah satu kucing peliharaan kami. Kucing yang saya maksudkan ialah seekor kucing kampung. Bukan macam watak dalam filem animasi sebagainya. Apa yang pelik dan agak kelakar tentang kucing yang sudah beranak pinak ialah tabiatnya suka mengutip stokin-stokin jiran.  Ianya akan membawa balik setokin-stokin dan letaknya diruang tamu di hadapan tv. Agaknya tuan rumahnya (aku) dan anak-anak tidak mampu membeli stokin agaknya. Kalau tidak sabar, rasanya mahu sumbat mulut kucing itu dengan stokin-stokin itu. Kelmarin, jiran kami datang bertanyakan fasal stokin-stokin. Jenuh suami dan anak-anaknya mencari stokin-stokin mereka. Isteriku telah menunjukkan selambak stokin-stokin yang di kumpulnya diluar rumah. Malunya kami dan alahai kucingku….

Make a Comment

Make A Comment: ( 2 so far )

blockquote and a tags work here.

2 Responses to “Alahai kucingku”

RSS Feed for Jauh Di Mata Dekat Di Hati Comments RSS Feed

Aku harap mamalia ni tak sakit mental (he..he). Kemungkinan stokin tu masih berbau. Cuba basuh dengan sabun yang wangi; yang menghilangkan segala-gala bau tetapi memberikan aroma yang baru. Atau kucing tu nak ajak hang main bomerang- Zul baling, kucing tangkap bawa balik semula….emmm .. Atau kucing tu nak akan karpet untuknya sendiri; karpet didepan tv untuk dia menonton kartun doremon…Kan sejuk atas simin tu!
Aku ada beberapa cadangan; kalau Zul tak ikut lagi bagus!..ha..ha

1.Minta jiran tu gantung stokin-stokin mereka, jangan main letak je waktu menjemur.
2. Belikan dia stokin. Jangan basuh stokin tu supaya baunya tak hilang.
3. Ikat mulu kucing tu
4.Denda jika kucing tu melakukan kesalahan tu..Tok ketampi rasanya tak berbaloi. Mungkin dirotan dengan penyapu..sebat-sikit-sikit je
…untuk pengajaran.
5.Esktradisi kucing tu ke tempat lain.

kucing itu hendak menguji kesabaran kami agaknya haha dengan aroma stokin

teringat aku pulak cerita antu stokin dulu-dulu tu..

kalau aku tersalah bebelkan bakpa dak bawak balik ringgit ker..tak ke nanya kang dibuatnya sungguh-sungguh

masuk paperlak aku..train kucing buat jenayah hahaha


Where's The Comment Form?

    About

    Mendekatkan yang jauh dan menjalinkan silaturrahim

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...