Selamat Bercuti

Posted on Ogos 17, 2007. Filed under: Jejak Sahabat, Sembang-sembang |

Hari ini, Jumaat dan sudah mula bercuti seminggu bagi anak-anak di sebelah sana. Walau bagaimana pun, esok 18 hb. Ogos. Aku seperti macam-macam hari sabtu yang biasa berada di sekolah. Hehehe, sedia maklum aku tak dapayt bergerak ke mana mana (keluar daerah maksud aku). Aku ucapkan doakan agar Wak Leham yang akan berkunjung ke rumah Rashid, Nasharuddin, Azalan- Selamat pergi dan balik dalam misi menghadiri konvo anaknya.

Make a Comment

Make a Comment: ( 19 so far )

blockquote and a tags work here.

19 Responses to “Selamat Bercuti”

RSS Feed for Jauh Di Mata Dekat Di Hati Comments RSS Feed

cuti ni aku nak sapu minyak rumah abah aku. Kemudian cat rumah sendiri.Juga repair mana-mana yang belum siap. Sebenarnya rumah aku ni belum siap betul. Jadi cuti ni bolehlah buat-buat sikit. Hang plan nak buat ape Shid? Kau Azam? Wak leham buat apa? Cik Md Musip, you ke mana?

Aku pun macam hang jugak. Ingat nak ke rumah orang tua aku… nak bersihkan kawasan. Kenduri pun banyak. Orang dah jemput…nak kena pergi jugak. Hujung minggu, kekawang nak datang – saat yang ditunggu-tunggu untuk jumpa kekawang yang dah lebih 20 tahun tak jumpa. Lapangkanlah masa Awang Je untuk join sama!

aku tak dapat cuti.lalalala
bz banget, sampai 22 hb. Ogos. dan 25 Ogos kena in house pulak..

Tu belum jadik GB ke PK ke lagi tu. Kalu dah jadi GB atau PK… tidok kat sekolah le… he he

Zul dari dulu memang tahan duduk rumah…aku tak boleh. Aku mesti keluar…Apa kau buat Zul (cuti-cuti begini ke sekolah)?..Tuisyen tahun enam ke?
Aku teringat masa kita duduk di pekan LD dulu… Masa duduk di pekan LD tu (sewa atas kedai kerinting rambut LIDO)aku mesti naik atas loteng setiap petang…he..he ..habis nak ke mana lagi…masa tu gaji kecik benar(tapi perut besar) .Usahkan berkira untuk berjalan.,,nak makan pun bercatu….aduh! seksanya masa tu…masa tu engkau sebilik dengan sapa ek Zul?Rashid masa tu enkau duduk atas kantin sekolah tu kan?

hahaha
aku seblik sendirik tepi tingkap..
bilik kecik dok megadap rumah Man, Azam

Shid, aku akan bertolak dari sabak bernam pada tengah hari 24/8/2007. Bermalam di Bukit Merah resort . Selepas makan tengahari pada 25/5/2007 aku ,isteri dan dua orang anak aku akan ke rumah hang. OK ke tu? dari Bukit Merah nak kerumah hang tu ikut jalan mana yang senang(tak jem)? harap hang dapat beri direction nya .

Ikut highway je! Dari tol Bukit Merah menghala ke utara lebih kurang 15km jumpa exit Bandar Bharu/Serdang di KM176. Keluar ikut exit tu. Lepas tol ‘turn left’ menghala ke Bandar Bharu/Parit Buntar. Lebih kurang 8km jumpa ’round about’ yang ada replika buah durian… susur kiri… jumpa jambatan Sungai Kerian (sempadan Perak/Kedah). Lepas tu tepon aku. Nak senang lagi aku tunggu hang kat tol exit Bandar Bharu… wokey.
Wooiii!… tak payah le hang makan t/hari kat BM tu. Makan kat rumah aku le sama-sama kekawang lain. Aku hidang le apa yang patut… Kalau nak recall balik kenangan kat Lahad Datu kita makan je lauk ikan sardin…he he he…

lauk ikan sardin! wah sedap tu…..tapi ikan sardin mahal sekarang ni. Di tempat aku ni, yang sebesar 2 jari setengah, sekilo rm8 wooo…macam ikan mabong je.
Dah baca nota PTK ke? aku baca pun tak masuklah…..entah kenapa pulak kali ni…macam bengap je rasa kepala ni….

Zul!……hang sengap je…..baru jam 20.35. Tak nak tidur…..apa projek sekarang zul?

Sori Wak Je. Tadi silap bagi distance Bukit Merah ke Bandar Baharu. Sebenarnya 20km bukan 15km.
Sardin tu bukan sardin basah, tapi sardin dlm tin… ha ha ha

pagi tadi aku menduduki kertas 1 dan 2 ptk 2007. Aku rasa ujian yang ni ‘berat’ la….rasa pening kepala bila membaca soalan-soalan ujian tersebut. Terutama ujian 1. Dulu tak semacan ni lah. Aku sangat berharap untuk lulus 4&4 kerana menurut khabarnya(dari mulut ke mulut) sekiranya lulus 4 &4 kita dapat anjakan gaji rm400!…(biar betul!).Kalau benarlah begitu, lumayan juga.(macam 1 ton metrik kelapa sawit. 1 ekar/bulan boleh dapat rm400). betul ke?

hahaha aku pun..berharap cam, tu..
jiran aku belakang depan dah dapat 4/4

sebahagian gambar re-union tu aku dah upload dalam web aku. Sila lihat entry augut 28. Klik gambar tu lihat besar atau nak download besar. Baki gambar akan aku upload malam ni. Sorry lah gambar tu agak konservatif. Scene nya indoor saja dan lens pulak hanya prime lens. Belum ada pitih nak beli accessori….

Awangje!, mintak ehsan dari hang untuk emailkan gambar-gambar tu dlm original size kat aku. Nak buat simpanan/kenangan. Kalau boleh emailkan ke abdrashidsulaiman@gmail.com – besar sikit saiz mailbox dia.

Insyaalloh shid……

mana wak leeham ni,…(dah hilang penat ke belum).
Tahniah atas kejayaan anak siro tempuh hari(tak sempat nak beri tahniah pada hari sabtu tu). Anak aku lambat lagi.

Shid, aku dah cuba e-mail kan gambar-gambar tu……..malangnya internet explorer aku ada error lah…so tak boleh hantar masa ni…….aku kena baiki dulu internet explorer aku ni…..

gambar sudah diupload dari fotopages hang, Awanje..

Apa khabar kekawan semua!

banyak benor sawang di bloq kita ni…he..he.nasib Si Zul rajin maintan. Cuti dah separuh habis. Apa yang kome-kome buat tuh! Wak Leeham jalan ke Ganu. Si Z, ul pulak nak ke Lahad Datu…Si Yeh Md Shah ke Penang khabarnya. Md Shah Nayan buat apa? tak kan ke bendang je.Ke bendang ke bendanglah, rihat pun mau weh…………Aku baru turun dari cameron highland.Itulah yang pertama kali bagi aku.Dapatlah mandi air sejuk disitu. Hujung bulan december aku akan ke Johor. Sepupu orang rumah aku ada yang menetap di JB.Khabarnya anaknya nak nikah………kalau ada rezeki akan ku cari rumah ustaz amin……….ok, wassalamualaikum wbh

hahaha, aku kena kutuk depan oleh Leham masa dia talipon Rashid malam kelmarin tentang sesawang blog kita ni, hahaha katanya sakit mata sebab background hitam. pasal tu aku tukar background putih pulak… aku bukan sangat nak updet blog ni, sebabsibok mengupdet blog lain hahaha

banjir dan 4 hari landa pantai timur, nasib baik Leham dan keluarganya sempat sampai pukul 1.00 pagi, dia telepon balik pukul 7.00 pagi, agaknya semasa hendak hantar wife dia gi spital.

awangje, kalau jumpa keluarga ustaz amin, kirim salam ahlam wsahlam..baru kelmarin sebut namanya semasa sembang dengan leham…

nak balik lahad datu, 5 hari bulan ni (Jumaat) sampai KK je, yang pasti nak naik bas Tong Ma dari KK ke Lahad Datu.

kalau hujan dan banjir disini berterusan, mungkin tangguh perjalanan. chekidotcom


Where's The Comment Form?

    About

    Mendekatkan yang jauh dan menjalinkan silaturrahim

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...