Apa khabar di sana?
Assalamualaikum wbt.
Lama saya tidak menjengah tapak ini. Terasa amat rindu dan hampir bersawang. Apa khabar rakan-rakan di sana? Semoga Allah memberi kekuatan, kesejahteraan, di murahkan rezekiNya. Insya Allah dikesempatan yang lain, semoga kita akan bersua suatu hari nanti, wassallam.






kalau free lawatilah http://janaduitunittrust.wordpress.com
kamaruzamanomar
Ogos 5, 2008
Assalamualikum kawan-kawan,
Lama tak singgah di sini……….aku macam tak kecukupan masa sekarang. Fotfolio yang aku urus tak berubah, cuma bila aku renung-renung fail-failnya baru aku sadar yang banyak yang aku terlepas pandang. Jadi kena lah buat pengemasan………..banyak jugalah. Sudahlah begitu, aku juga macam kalian, terasa agak ‘lembab sikit’ sekarang. Rasa nak ‘adapt’ tekno ‘VVTi’ pada jasad dan ruh aku ni……………….kekawan mungkin masih macam dulu-dulu je kot……….munggil dan responsif.
Nasaruddin ada call aku awal bulan lepas. itu pun dah lajak dari rumah aku…….saja mengabo pada aku kot yang dia on the way ke UKM…..Yeh ada sms 2 hari lepas. Pelawa jalan ke rumahnya, tak balas lagi aku sms tu….teruk gak aku ni..
cuti ni aku dok rumah je…….rasanya. Duit agak ciput sikitlah……….kelmarin ganti compresor air-cond dengan coil dan tabung nya…..dekat-dekat rm1000. Itu barang recond…….menyesal juga sebab tah pasang yang original; walau pun seganda mahalnya tapi warranty nya lama…….selalunya yang ori tu 5 tahun boleh tahan. yang recond ni dia khabar 2 bulan je warranty…..itu pyn dia cakap lepas dia pasang dan aku bayar……aduuuuuuiiiiiii silap-silap
ok lah aku stop di sini, he…he…bukan nak buat novel. NAk baca nota PTK….mudah-mudahn dapat 4-4. OK jumpa lagi ……Wassalam
Awangje
Ogos 18, 2008
Assalamualaikum wbh,
Apa khabar kekawan semua………..ada baik ka? Al hamdulillah aku dan sekeluarga sihat wal alfiat.
malam tadi, saperti biasa, aku buka folder message sebelum masuk tidur. Aku dengan talipon memang jarang berenggang. Kecuali ke Bilik mandi atau solat je….selain tu memang senantiasa bersama. Buka punya buka messange…nampak message zulcafly…wow berdaerau darah aku. Lee Ham kemalangan jalan raya! Rashid pun ada hantar message jugak.Terima kasihlah kerana menghubungi aku. Akun tak respon sepontan kerana malam dah larut….12.05 pagi. Malam tadi aku lewat balik rumah…….paham-paham lah bulan puasa ni, ada program sikit. jadi taliponlah lee ham………..yang menyambut isterinya……….
Lee ham ‘ditidak sedarkan’ waktu ni…….apa nak buat, kalau sedar dia ngaduh sakit yang amat. Maka doktor pun inject dia…..menurut isterinya tengkoraknya retak. Patutlah darah tumpah banyak di atas jalan. selain tu tulang bahunya juga patah..nampak macam dia terlanggar sesuatu……menurut isterinya tidak jauh dari situ ada bangkai babi……tak tahulah kalau benda tu yang dilangarnya. Tapi banyak kemungkinan boleh terjadi…bukti-bukti lain diperlukan untuk mengandaikan kejadian sebenar di scene tu…
ada plan nak tengok dia ke di sana? setidak-tidaknya raya ni? apa pendapat kekawan?
Awangje
September 21, 2008
selepas solat maghrib, lebih kurang jam 2025, aku phone Lee ham. Yang sambut isterinya…Katanya Lee Ham dah sedar. Dah boleh makan&minum. Buang air pun boleh. Boleh bercakap tapi tak boleh lama-lama. Masih mengaduh sakit…masakan tidak, helmet yang dipakainya berkecai-kecai…..apa yang dilanggarnya tak tahulah.Masa kemalangan tu berlaku tak ada orang kot yang nampak….dia pun masih gagal mengingat semula apa-apa tentang kemalangan tu………………siang tadi dia discan untuk kali kedua..dan juruanalisa photo scan masih gagal memberi jawapan kepada keadaan kecederaan kepalanya…….. marilah kita doakan agar keluarganya dapat bersabar dan mendapat petunjuk untuk mendapatkan rawatan terbaik dan berkesan kepada Leeham……….dan Leeham sendiri sembuh……wassalam
Awangje
September 24, 2008