CG Leham ke Kuala Terengganu
Assalamualaikum wbt. Lama tidak mengupdet laman sesawang ini. Dua tiga hari yang lepas CG Leham Md Som menalipon. Dia dan isterinya akan ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak keduanya yang sudah tamat penggajian di Univesiti Malaysia Terengganu (UMT), dulunya KUSTEM.
Kelmarin, saya kebetulan berada di rumah emak di Kerteh, hujan di Terengganu turun beberapa hari. Ketika berada di Dungun, dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu, CG Leham sempat menalipon lagi. Dia sudah berada di Kerteh di rumah seorang sahabat lamanya yang menjadi eksekutif Pertronas.
Petang, CG Leham ke rumah sahabat lama kita, CG Ismail Jusoh. Selepas isyak, saya pergi jemput CG Leham yang sudah menunggu saya di Shell Bukit Payong, isteri saya sangat teruja hendak bertemu CG Leham, maklumnya bekas guru Sains dan Bahasa Melayu dahulu. kami berborak pasal sejarah lama. Pagi ini mereka ke UMT dan awal-awal lagi isteri terpaksa pamit minta permisi kerana terpakasa berkerja…antara sahabat isterinya berkerja sebagai penjawat awam di jabatan kesihatan ialah CG Leham, CG Razak, CG Rashid dan saya. macam berpakat pulak…








Kabare wak Leeham,
Dah sampai ganu ni maknanya dah sihatlah………..syukurlah. Tahniah atas kejayaan anak wak tu. Semoga masqa hadapanya cerah dan penuh keberkatan.
Awangjelani
November 30, 2008
sama sekerja semua. hehe. susah nak jumpa kawan lama. semoga sihat semua..
fandi
Disember 1, 2008
Assalamualaikum Zul, muatnaik lah gambar-gambar hang di LD tempoh hari………..nak tahu juga apa perubahan yang berlaku.
Awangjelani
Disember 22, 2008
salam cg leham..
syukur akhirnya dapat tahu cg leham dan masih sihat. guru sains ku…saya sdh jadi cg juga sejak 1986 lg.ngajor di sk sepagaya.masih ingat saya..geng anak murid Jumarno, Jumain
drp. mardani bin redjo, lahad datu…
Cikgu Mardani b. Redjo
Mac 26, 2009
Salam cikgu Leham,saya ni ex-student cikgu di sm st.dominic L.Datu class 79-83.Lama sudah saya mencari cikgu2 yg byk berbudi pd saya.Saya bertugas sbg akauntan disebuah badan berkanun k’jaan dikk dan akan pindah KL june depan.semoga cikgu dan family sihat sejahtera.
Anita Hj.Misuari
Mei 6, 2009
Salam buat Mardhani redjo dan Anita Hj.Misuari. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Semoga pencarian kalian dapat membantu anda.
zultam3674
Mei 8, 2009
Alaihai kawax
sayang, tak dak anak lelaki aku yang sesuai dengan perawan hang. tak ada chance la nak berbisan no.
salam sejahtera
king rudra
Julai 26, 2009
Bila nak mai Teranung, Mijie? Haha. Aku and Awang Koding nak belanja makan nasik dagang spesel.
zultam2674
Julai 26, 2009
Anita Hj Misuari? pernah dengar nama tu dulu… Rasanya dulu popular budak ni….apa pun tahniah atas kejayaan anda. he..he..Pernah aku rotan ke dulu…
Awang
Ogos 25, 2009