Pengenalan
Assalamualaikum wbt.
About page ini dah saya pinda kepada pengenalan. Justeru itu komen yang ditulis oleh CG Jelani Paniran saya tidak delete. Saya kekalkannya di sini.
Kesilapan saya pada awalnya ialah tidak membuat perubahan di wordpress Jauh Di Mata Dekat Di Hati ini.
Saya ramai lagi yang akan saya jemput sebagi penyumbang dan insya allah jikalau anda semua ada website, saya akan letak pautannya di blogroll seperti Awangje’s Fotopages.






Assalamualaikum Kekawan semua! hari ni, 12/7/2007, baru aku buka internet. Aku tengah sibuk sekarang ni….jadi tak dapatlah nak surf internet kerap. Apa pun tahniahlah pada Rashid dan zul kerana mengusahakan web nih…….alamat aku, aku dah submit dalam file di web tu…..tak tahulah kalau ada error. Kalau nak tahu cerita pasal aku dan secebis dari dunia aku, lawatilah web aku, http://didepananda.fotopages.com……. boleh berkomunikasi dengan aku di situ kalau sempat. Ok Wassalam wbh
Awang Jelani
Julai 12, 2007
A’kum semua!
Hari Ahad (15.07.07)-malam: Aku terima sms dari
Suhaimi menyatakan dia sedang makan ikan bakar bersama Azam. Aku terus tepon dia – memang betul. Sempat bercakap dengan Azam – aku dengan Azam memang tak terputus hubungan. Dari situ aku dapat info tentang Mohamad Musip. Esoknya (Isnin) aku pun kontek Maktab Perguruan Perempuan Melayu tempat En. Mad kita bertugas. Alhamdulillah pencarian berhasil. Maka bermulalah episod ber’sms’ dengan dia. Terima kasih kepada En. Mad kita kerana masih tak lupa kawan….
Abd Rashid Sulaiman
Julai 17, 2007
Dengan Mad Musip ni aku sekejap je berkenalan…sebab dia ajar belah pagi kan. Lagi pun dia somebody di disitu. Tak putus-putus budak berjumpa dengan dia.Tak ada peluang aku nak sembang dengan dia. Aku rasa dia tak kenal akulah…
Awang Jelani paniran
Julai 20, 2007
Respon kpd komen no.3: Apasal pulak tak kenal, Wak Je!!. Duduk sebumbung mesti kenal… cuma tak mesra!!
RashidHs
Julai 20, 2007
Respon kepada Cg Jelani: Semua saya kenal termasuk Jelani. Selisih jalan, selisih bahu, tegur sapa kan biasa. Cuma tak sempat mesra. Aku ni kekadang menyendiri, maklum sesetengah warga sekolah tu dah berkeluarga, sedangkan aku “terlajak” sedikit. Kenal semuanya. Barangkali tak mesra kerana keadaan.Memanglah aku datang LD setahun lebih saja. Tetapi, aku agak rapat dengan geng yang selalu datang rumah bawah rumah Nasiruddin. Seronok bercampur geng bujang masa tu.
Mohamad Musip
Julai 23, 2007
Respons no6.
Masa tu ada 4 kuarters untuk geng bujang. CG Rashid dengan Ustaz Ismail. Biarpun setahun lebih sahaja bersama. Kami tinggal serumah – CG Don, CG Fauzan, aku dan rumah bujangan selalu gak dikunjungi CG Rashid, CG Razak, CG Hanapi.
Rumah bujang sebelah pulak, CG Azam, CG Suhimi, CG Alias Md Shah dan CG Md Khir. CG Manaf tinggal di rumah bekas CG Mohd Harun. Ingatlah masa LD kemarau dan tiada air. Ada cerita lucu dan manis di sebaliknya.
zultam3674
Julai 23, 2007
Ya manis…..;
seperti air masak yang diambil dari bwh katil don untuk masak magie dan buat nescafe….
azam
Julai 23, 2007
hehehe… itu yang membuat kita akrab tu. yang menyedari perkara itulah Fauzan. Cik Pi ada sekali..semua makan maggie dan minum nescafe kelasik tu..
zultam3674
Julai 23, 2007
Aku dak …aaaa!!!
RashidHs
Julai 23, 2007
aku teringat masa kemarau tu, kita pergi mandi di parit terletak dihujung padang bola seberang jalan besar. Padang bola yang kapal fokker selalu melintas turun-naik tu…. Alaa….sebelah kg. Bugis. Korek-korek pasir dasar parit tu lalu masukkan gelung ayan dan tambahkan tawas. Aku rasa yang ajar tu Ustaz Ismail lah…..
Awangjelani
Julai 23, 2007
respon utk 8 & 9 :
masa tu hanya 2 ayat saja yg jadi sebutan :
aku dak …aaa!!! @ aku minum sikit je….
respon utk 10 :
ya ingat… air karat besi yg terbenam dalam tanah – rambut pun jadi dawai…
azam
Julai 23, 2007
Semua org jadi omm! Tambah2 lagi Ustaz Ismail pasai rambut dia kerinting….
RashidHs
Julai 23, 2007
hahaha aku tersalah minum banyak tu pasal keguguran nih…
zultam3674
Julai 24, 2007
hehehe, aku yang terminum banyak, tu fasal keguguran.
fauzan yang jkadi tukang masak air dan buat maggi satu bekas besar…share sikit-sikit
ayat-ayat yang mashyur tu azam dan tambah lagi “mintak seteguk itik” atau “mai aku rasa seteguk itik”
zultam3674
Julai 24, 2007
Zul!, hang kena jugak noo!. Kalau aku ada kat situ masa tu gerenti kena jugak!
RashidHs
Julai 24, 2007
Tapi jangan lupa dengan projek buat perigi kat kebun tu….Idea siapa tu ha?
Awang Jelani paniran
Julai 26, 2007
dibulan ramadhan ni, teringat aku kat kekawan di st. dominic. Orang yang mula-mula sambut beg kain baju aku bila aku turun teksi kt st. dominic ialah abang ku dollah kita.lepas tu, dia bawa aku p masuk bilik chaakoo. masa tu chackoo cuti balik india. yang sambut aku di pejabat ialah miss capili dan mr. james sebastian. Lepas tu, masuk alimansa dan ajak aku duduk dengan dia.
lepas tu, …….tak berapa nak ingat dah
ANY WAY – SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA dan AKU MINTA MAAF BANYAK-BANYAKLAH KAT KEKAWAN SEMUA. NAK SEBUT NAMA, NANTI ADA YANG TERTINGGAL, MERAJUK PULA.
king rudra
Ogos 25, 2009
Oh,,,,Mr,James. Orang tu aku ingat King. Aku pernah diajaknya main badminton. Kemudian dia hadiahkan aku reket badminton kayunya tu..sampai sekarang ada lagi aku simpan reket tu!
Awangjelani
Ogos 27, 2009