Arkib

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt, semua sahabat jauh dan dekat. Sekarang bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa 2, iaiatu fasa keampunan. Semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala, dan diberi keampunanNya. Insya Allah, dengan menoleh ke belakang sejenak dengan doa dan harapan agarkita semua diampunkan dosa-dosa kitayang lalu. Amin

Kurban

Selamat Hari Raya Aidiladha kusampaikan untuk semua Muslimin dan Muslimat seantero dunia, khasnya kawan-kawan karib dan sahabat handai di mana jua berada. Umat Islam yang menunaikan Rukun yang ke 5 sedang berhimpun di Padang Arfah, di waktu ini. Ku panjatkan doakan kepada sahabat-sahabat yang sedang menunaikan ibdat Haji dikurniakan haji mabrur dan selamat menjalani ibdat kurban.

Esok, kita di sini pun akan menunaikan solat aidiladha dan selepas itu masing-masing akan menjalanai ibadat kurban. Selamat berkurban. Di sini saya letakkan gambar keluarga Leham.

Gambar Keluarga Cikgu Leham

Klik imej untuk saiz lebih besar

Kabare Datuk Ramiji?

Bosan yang amat semalam. Sementara menanti isteri bersiap untuk syif malam. Aku cuba-cuba berSMS dengan OKK Datuk Ramijie Abdul Rashid yang kini berada di Perak Darul Redzuan dan Encik Hanafi Arshad, di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Ternyata tidak sia-sia. Datuk OKK Ramijie membalas SMS dan dia bertanya macamana dapat no telefon bimbit dia.

Aku membalas lagi dengan menyatakan nama aku. Sangkanya Miss Capili yang hantar SMS, haha dari jawapannya Datuk OKK ni dari dahulu memang suka melawak sempoi. Aku cuba bertanyakan anaknya yang si Hafna dan yang lelaki, aku agak lupa namanya. Khabarnya Datuk OKK ni dah mempunyai 2 orang cucu. Sangka aku anaknya Afri itu anak sulungnya. Tak sangka Datuk OKK antara kawan-kawan yang dudah mendapat pangkat datuk. Tok Wan le tu…

Alahai kucingku

Cerita ceriti aku kali ini ialah tentang kucing. Apa yang pelik tentang haiwan ini? Kucing, ialah sejenis haiwan peliharaan. Akrab dengan tuannya (manusia) kalau ianya dicakna makan minum dan kesihatannya.  Dari sudut psikologinya, spesis haiwan ini memerlukan belaian dan sebagainya. Yang tidak seronok tentang haiwan ini ialah suka membuang sisa-sisa dalam perutnya di merata-rata. Itu yang membuat spesis kita tidak suka memelihara haiwan itu.

Ini tentang tabiat pelik salah satu kucing peliharaan kami. Kucing yang saya maksudkan ialah seekor kucing kampung. Bukan macam watak dalam filem animasi sebagainya. Apa yang pelik dan agak kelakar tentang kucing yang sudah beranak pinak ialah tabiatnya suka mengutip stokin-stokin jiran.  Ianya akan membawa balik setokin-stokin dan letaknya diruang tamu di hadapan tv. Agaknya tuan rumahnya (aku) dan anak-anak tidak mampu membeli stokin agaknya. Kalau tidak sabar, rasanya mahu sumbat mulut kucing itu dengan stokin-stokin itu. Kelmarin, jiran kami datang bertanyakan fasal stokin-stokin. Jenuh suami dan anak-anaknya mencari stokin-stokin mereka. Isteriku telah menunjukkan selambak stokin-stokin yang di kumpulnya diluar rumah. Malunya kami dan alahai kucingku….

Dari CG Mohd Musip

Pagi ini CG Rashid hantar mesej. Aku macam biasalah duduk dalam makmal sedang priewing skema jawapan soalan Gerak Gempur English kepada murid aku.

Dia suruh aku buka emel, katanya ada gambar dari CG Mohamad Musip yang disertakan.  WordPress.com tadi ada masalah maintennace sekejap.  Seperti biasalah trafficking pada hari Isnin waktu bekerja.  Sekarang sudah okey.

CG Mohamad MusipCG Mohamad MusipCG Mohammad Musip

Edit: Gambar di atas ialah CG Mohamad Musip sedang memberi taklimat di Maktab Perguruan Melaka serta lawatan ke Cameron Highlands.

Gambar-gambar terbaru yang dikirim oleh CG Mohamad Musip via emel.

Tiga keping gambar dari GC Mohammad Musip untuk tatapan kita. Gambar yang diambil sewaktu berada di Indonesia, lawatan sambil belajar.

CG Mohamad Musip di SemarangCG Mohamad Musip di Semarang 2CG Mohamad Musip di Semarang 3

Semalam dan waktu dulu-dulu

Semalam aku terima call dari Mohd Khir, masa tu aku teman orang rumah pergi shopping. Panggilan yang ringkas dan bertukar-tukar khabar. Dia ada tulis surat dan serta kan 2 keping gambar terdahulu dari itu, selepas aku call dia. Aku nyatakan kat dia aku malas tulis surat almaklumlah zaman internet ni.

CG Md Khir dan CG Azam adalah 2 orang sahabat yang aku tumpang rumah mereka selepas kita semua berpindah keluar dari kuarters sekolah itu. Aku menumpang dengan mereka sehingga CG Azam berpindah balik. Tinggal kami berdua pulak sehinggalah aku berfamili dan dihunjung tahun CG Md Khir pun berpindah pulang ke semenanjung.

Di rumah merekalah, kartunis terkenal Allahyarham Rejabhad dari majalah Gila-Gila mencari aku dalam misinya mencari kartunis-kartunis yang mengikuti bengkel kartun. Kartun yang aku hantar keluar dalm Senyum Skot dan Mekar di Gila-Gila. Kalau tidak silap dalam tahun 1983. Dapatlah aku merasa duit kartun sebanyak RM15. Kebetulan aku betul-betul tengah dhaif. Syukur rezeki. Rejabhad tunjukan pen berus cina yang dipakainya dalam melukis kartun dan filem pisahan warna kartun Dan Din Don kepada kami.

Keesokan hari, Rejabhad ke Tawau. Kami sempat bergambar di stesyen bas. (Sayangnya tiada salinan untuk diteterakannya. Gambar-gambar itu aku poskan kepada beliau). Pada masa itu penuh habuk dan debu tahan merah. Kami carikan beliau 4WD Toyota Land Cruiser.

Aku masih menjadi guru sehingga sekarang sedangkan hati aku mahu jadi pelukis kartun dan komik. Niat aku tidak diteruskan kerana penerbitan yang aku hantar komik sudah tidak lagi menerbitkan komik FANTASI. Tetapi aku sehingga sekarang masih mengikuti perkembangan komik tanah air sehingga sekarang.

Ini berkaitan dengan kerja yang aku buat untuk sekolah baru. Kerja-kerja penerbitan dari dahulu sudah sebati dengan diri aku.

Chendering Cover

Ini design magazine sekolah aku yang terbit dwitahunan.

Cerita cam biasa

Sabtu: Aku masuk gok (istilah orang Terengganu bagi kandang) tempat aku updet weblog ni. La ni besa la hari Jumaat dan Sabtu macam-macam kem dan kelas tambahan. Gok tempat aku dijadikan dewan seminar. Sekolah aku baru je dapat kelulusan buat dewan. Tahun depan baru boleh guna.

Sebut pasal dewan, teringat kat sekolah lama. Bila ada majlis dan peperiksaan awam maka terpaksa buka dinding pemisah antara kelas-kelas. Berkeriut bunyinya….

Depan padang tempat kita berlatih skill bola sepak telah dijadikan gelanggang bola tampar. Hehehe, pasukan bola tampar sekolah yang sangat digeruni oleh sekolah-sekolah seluruh daerah Lahad Datu. Pemain-pemainnya,  skill mereka tahap Gab de C  Gaban the Spacecop.  Jurulatihnya ialah GC Alex Gimbun.  Beliau juga ialah SU Sukan SMK St Dominic dan CG Don ambil alih bila CG Alex bertukar ke Kota Kinabalu.