Arkib

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt, semua sahabat jauh dan dekat. Sekarang bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa 2, iaiatu fasa keampunan. Semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala, dan diberi keampunanNya. Insya Allah, dengan menoleh ke belakang sejenak dengan doa dan harapan agarkita semua diampunkan dosa-dosa kitayang lalu. Amin

Dari CG Azam

Semalam, aku bertugas syif malam sebagai pemandu kepada isteriku. Setelah menghantarnya ke tempat kerja aku langsung ke bandar dan ke bank. Selepas itu singgah sekejap di cc untuk tengok kalau-kalau ada mel baru dan untuk pindah komen-komen ke folder Sembang-Sembang.

CG Azam kita ada mengirimkan 6 keping gambar lama. Amat menyentuh hati ku dan terkedu melihat gambar-gambar tersebut. 2 di antaranya gambar-gambar bersama arwah Rejabhad. Gambar-gambar ini amat kuperlukan, syukur Allah memakbulkan doakan dan terima kasih kepada CG Azam. Dengan perasaan teruja lalu aku hantar SMS kepadanya. Beliau membalas dengan pesanannya “ada lagi gambar dan pelan-pelan kayuh, enjoylah..”

Memori IIMemori IIIMemori IVMemori VIMemori VII

 Memori 1Memory V

Dua keping gambar ini aku letak lambat. Antara koleksi Azam yang paling mahal dan aku sangat-sangat memerlukannya. Semalam aku poskan entri di blog komuniti aku.  Azam, suka membaca terutamana majalah Fantasi, Gila-Gila dan LELAKI.  Ketiga-tiga majalah ini kami saling berkongsi beli dan baca. Yang selalu beli,  selalunya Azamlah.

Dia selepas balik sekolah akan turun ke bandar LD, tentunya kedai buku Sabah Bookstore yang bersetentangan dengan klinik Dr. Chow (ntah aku lupa pulak Presiden Kelab Rugbi Lahad Datu) , Faudzan S/U nya, nanti cerita lain..Tak kiralah samada seorang diri atau aku menemaninya. Ambik teksi ditepi airport cajnya dua rinngit. Selepas dapat yang dicari bawa balik buah tangan..nangka yang sudah dibersihkan atau pisang seplastik dengan harga singgit. Berat bawak…huhu.

Gambar ketika makan tengah hari di rumah baru Azam dan Md Khir. Laut simple jer, makan panas-panas seronok dengan pekena nescafe panas.  Suhimi, Don pun join sekali. Lepas makan, rehat-rehat di ruyuang tamu. Pak Jab, sain otograf di buku kartun koleksi Azam

Cerita Hari Ini dan Gambar Kitab Kuning

Hari ini buka emel. Ada beberapa emel dari komentar-komentar yang masuk kotak mel.  Saya dah pinda penghantar komen tidak akan dimoderate lagi. Kesiankan saya kerana baca dahulu baru nak approve.

Emel seterusnya dari CG Mohd Azam yang telah bertukar jawatan kepada Pegawai Bahagian Peperiksaan. Gambarnya di ambil di Los Angeles  dikepilkan bersama. Seronoknya dapat berjalan ke luar negara. Inilah wajahnya yang terbaru dan gambar dari kitab kuning.

CG AzamGambar lama sewaktu makan dikantinGambar lama sewaktu balik mengajar

Membaca emel dari CG Leeham, lucu juga. Pertanyaan dari anaknya mengapa gambar ayahnya dahulu cukup hensem???

CG LeehamBersama Tok PenghuluGambar guru SMK St Dominic

Berkelah di Pantai Makuo, Bekapit, Lahad Datu.

Kongsi Raya di rumah CG KL WongBola Tampar SMK St Dominic

Kelmarin Punya Cerita II

Semalam Selmarin  aku  scan gambar-gambar beramai-ramai mengenai bola sepak. Sempat  letakkan tiga keping gambar dan kapsyennya sekali. Nama-nama sahabat satu persatu aku ingati.

Petang aku balik semula untuk mengemaskini gambar-gambar tersebut pasal saiznya agak besar bagak banget  . Bimbang sahabat-sahabat tidak dapat muatturun pasal masalah broadbandwitchwidth. Gambar-gambar tersebut telah dikecilkan kepada  saiz thumbnail. Sempat jugalah.

Pulang ke rumah sudah pukul 5.00 petang, aku berbaring santai dan tepat pukul 18.18.41 petang aku menerima panggilan dari handphone CG Rashid.  Aku terkejut kerana yang membuat panggilan bukan CG Rashid, kerana suaranya lain benar. Ini mesti CG Rashid sudah berjaya mengenakan aku dengan meminta sahabat itu membuat panggilan mengejut.

Suara di sana terasa disusun-susun. Aku menanyakan siapa dihujung sana. Aku langsung tidak terlintas yang membuat panggilan itu adalah DON (CG Azalan). Aku meneka satu persatu dari CG Leeham, CG Suhimi, CG Razak.. Aku dah cuak apabila dia menyebut “footballer” yang aku sebut dalam gambar. Fuhhhh lagi dia sebut rakan semaktab.  Lagi mahu ingat, CG Awang Koding, CG Fauzan dan akhirnya dia menyebut DON. Hampir aku terduduk bercampur baur. Aku mintak maaf banyak-banyak kerana tekaan aku salah.  Dan, aku gembira sekali dapat bersembang dengannya. Itulah cerita semalam.  Syukurlah.  Sedang aku pernah melalui tempat dia tinggal di Grik. Aku biasa singgah makan di Pangkalan Hulu, sembahyang di masjid Kg Bersia, Kerunai. Hati teringat kat sahabat ini cuma masa tu tiada no. telefon.

Aku harap kesihatan dia bertambah baik. Insya Allah, semoga kita dipertemukan suatu masa dalam masa yang terdekat atau cuti sekolah.

Guru-guru dari Kolej MPG

Dalam gambar pasukan ragbi MPG, empat darinya ialah aku (jersi belang) Fauzan, Syawal dan Azalan (Don). Hanya Syawal seorang dihantar bertugas di SMK Agaseh, Lahad Datu.

X-Files dari lensa CG Rashid

Foto-foto yang di update ini adalah rakaman jurufoto profesyional Cg Rashid. Saya, belek-belek album untuk mengembalikan kenangan dan nostalgia dahulu.

Gambar Staff Pagi dan Petang, berlatarbelakangkan Bilik Guru.

Bersurai dulu sekejap sementara jurukamera dan pengarah mencari lokasi dan syot terbaik.

Staff pagi 1982Gambar staff 1982Gambar Staff 1982

Lagi mahu kasi ingat.

Bola sepak guru SMK St. Dominic

Team bola sepak Kelab Guru SMK St. Dominic.

Ustaz Azhar sedang memberi taklimat kepada anak-anak buah.

Duduk dari kiri; CG Ali Mansa, CG Razak Bid, CG Ku Abdullah, CG Francis Yantim, CG Nasiruddin (tunduk) dan

CG Joseph, CG Zucafly, CG Mohd Khir, CG Fauzan.

Di latarbelakang, CG Azalan Rahim dan pelajar-pelajar.

Bola sepak guru-guru

Berdiri dari kiri: Ustaz Azhar Ujang, CG Zucafly, CG Ali Mansa, CG Francis Yantim.

Barisan kedua dari kiri (duduk) CG Mohamad Musip, CG Ku Abdullah,

Barisan ketiga; CG Suhimi Yahya, CG Alias Mohd Shah dan Fauzan Karim dan

Berdiri di belakang: Ustaz Yahya Ismail Yahya dan CG Razak Bid.

“Okay boys, inilah posisi yang kita akan main menentang Uruguay.  Ekau tigo orghang jangan kasi dia orang limpas itu petak penalti. Kalau tidak elaun tarak bayar kalu..” agaknya itulah kata-kata peransang jurulatih dan kapten , pengurus pasukan pun dia juga.