Arkib

CG Leham ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt. Lama tidak mengupdet laman sesawang ini. Dua tiga hari yang lepas CG Leham Md Som menalipon. Dia dan isterinya akan ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak keduanya yang sudah tamat penggajian di Univesiti Malaysia Terengganu (UMT), dulunya KUSTEM.

Kelmarin, saya kebetulan berada di rumah emak di Kerteh, hujan  di Terengganu turun beberapa hari. Ketika berada di Dungun, dalam perjalanan balik ke Kuala  Terengganu, CG Leham sempat menalipon lagi. Dia sudah berada di Kerteh di rumah seorang sahabat lamanya yang menjadi eksekutif Pertronas.

Petang, CG Leham ke rumah sahabat lama kita, CG Ismail Jusoh. Selepas isyak, saya pergi jemput CG Leham yang sudah menunggu saya di Shell Bukit Payong, isteri saya sangat teruja hendak bertemu CG Leham, maklumnya bekas guru Sains dan Bahasa Melayu dahulu. kami berborak pasal sejarah lama. Pagi ini mereka ke UMT dan awal-awal lagi isteri terpaksa pamit minta permisi kerana terpakasa berkerja…antara sahabat isterinya berkerja sebagai penjawat awam di jabatan kesihatan ialah CG Leham, CG Razak, CG Rashid dan saya. macam berpakat pulak…

CG Leham dan saya

CG Leham dan saya

CG  Leham bersama isteri dan anak

CG Leham bersama isteri dan anak

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt, semua sahabat jauh dan dekat. Sekarang bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa 2, iaiatu fasa keampunan. Semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala, dan diberi keampunanNya. Insya Allah, dengan menoleh ke belakang sejenak dengan doa dan harapan agarkita semua diampunkan dosa-dosa kitayang lalu. Amin

Kurban

Selamat Hari Raya Aidiladha kusampaikan untuk semua Muslimin dan Muslimat seantero dunia, khasnya kawan-kawan karib dan sahabat handai di mana jua berada. Umat Islam yang menunaikan Rukun yang ke 5 sedang berhimpun di Padang Arfah, di waktu ini. Ku panjatkan doakan kepada sahabat-sahabat yang sedang menunaikan ibdat Haji dikurniakan haji mabrur dan selamat menjalani ibdat kurban.

Esok, kita di sini pun akan menunaikan solat aidiladha dan selepas itu masing-masing akan menjalanai ibadat kurban. Selamat berkurban. Di sini saya letakkan gambar keluarga Leham.

Gambar Keluarga Cikgu Leham

Klik imej untuk saiz lebih besar

Selamat Bercuti

Hari ini, Jumaat dan sudah mula bercuti seminggu bagi anak-anak di sebelah sana. Walau bagaimana pun, esok 18 hb. Ogos. Aku seperti macam-macam hari sabtu yang biasa berada di sekolah. Hehehe, sedia maklum aku tak dapayt bergerak ke mana mana (keluar daerah maksud aku). Aku ucapkan doakan agar Wak Leham yang akan berkunjung ke rumah Rashid, Nasharuddin, Azalan- Selamat pergi dan balik dalam misi menghadiri konvo anaknya.

Kabare Datuk Ramiji?

Bosan yang amat semalam. Sementara menanti isteri bersiap untuk syif malam. Aku cuba-cuba berSMS dengan OKK Datuk Ramijie Abdul Rashid yang kini berada di Perak Darul Redzuan dan Encik Hanafi Arshad, di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Ternyata tidak sia-sia. Datuk OKK Ramijie membalas SMS dan dia bertanya macamana dapat no telefon bimbit dia.

Aku membalas lagi dengan menyatakan nama aku. Sangkanya Miss Capili yang hantar SMS, haha dari jawapannya Datuk OKK ni dari dahulu memang suka melawak sempoi. Aku cuba bertanyakan anaknya yang si Hafna dan yang lelaki, aku agak lupa namanya. Khabarnya Datuk OKK ni dah mempunyai 2 orang cucu. Sangka aku anaknya Afri itu anak sulungnya. Tak sangka Datuk OKK antara kawan-kawan yang dudah mendapat pangkat datuk. Tok Wan le tu…

Dari CG Azam

Semalam, aku bertugas syif malam sebagai pemandu kepada isteriku. Setelah menghantarnya ke tempat kerja aku langsung ke bandar dan ke bank. Selepas itu singgah sekejap di cc untuk tengok kalau-kalau ada mel baru dan untuk pindah komen-komen ke folder Sembang-Sembang.

CG Azam kita ada mengirimkan 6 keping gambar lama. Amat menyentuh hati ku dan terkedu melihat gambar-gambar tersebut. 2 di antaranya gambar-gambar bersama arwah Rejabhad. Gambar-gambar ini amat kuperlukan, syukur Allah memakbulkan doakan dan terima kasih kepada CG Azam. Dengan perasaan teruja lalu aku hantar SMS kepadanya. Beliau membalas dengan pesanannya “ada lagi gambar dan pelan-pelan kayuh, enjoylah..”

Memori IIMemori IIIMemori IVMemori VIMemori VII

 Memori 1Memory V

Dua keping gambar ini aku letak lambat. Antara koleksi Azam yang paling mahal dan aku sangat-sangat memerlukannya. Semalam aku poskan entri di blog komuniti aku.  Azam, suka membaca terutamana majalah Fantasi, Gila-Gila dan LELAKI.  Ketiga-tiga majalah ini kami saling berkongsi beli dan baca. Yang selalu beli,  selalunya Azamlah.

Dia selepas balik sekolah akan turun ke bandar LD, tentunya kedai buku Sabah Bookstore yang bersetentangan dengan klinik Dr. Chow (ntah aku lupa pulak Presiden Kelab Rugbi Lahad Datu) , Faudzan S/U nya, nanti cerita lain..Tak kiralah samada seorang diri atau aku menemaninya. Ambik teksi ditepi airport cajnya dua rinngit. Selepas dapat yang dicari bawa balik buah tangan..nangka yang sudah dibersihkan atau pisang seplastik dengan harga singgit. Berat bawak…huhu.

Gambar ketika makan tengah hari di rumah baru Azam dan Md Khir. Laut simple jer, makan panas-panas seronok dengan pekena nescafe panas.  Suhimi, Don pun join sekali. Lepas makan, rehat-rehat di ruyuang tamu. Pak Jab, sain otograf di buku kartun koleksi Azam

Dari CG Mohd Musip

Pagi ini CG Rashid hantar mesej. Aku macam biasalah duduk dalam makmal sedang priewing skema jawapan soalan Gerak Gempur English kepada murid aku.

Dia suruh aku buka emel, katanya ada gambar dari CG Mohamad Musip yang disertakan.  WordPress.com tadi ada masalah maintennace sekejap.  Seperti biasalah trafficking pada hari Isnin waktu bekerja.  Sekarang sudah okey.

CG Mohamad MusipCG Mohamad MusipCG Mohammad Musip

Edit: Gambar di atas ialah CG Mohamad Musip sedang memberi taklimat di Maktab Perguruan Melaka serta lawatan ke Cameron Highlands.

Gambar-gambar terbaru yang dikirim oleh CG Mohamad Musip via emel.

Tiga keping gambar dari GC Mohammad Musip untuk tatapan kita. Gambar yang diambil sewaktu berada di Indonesia, lawatan sambil belajar.

CG Mohamad Musip di SemarangCG Mohamad Musip di Semarang 2CG Mohamad Musip di Semarang 3

Cerita semalam: CG Razak yang kukenal

Jumaat: Hari ini interface dan presentation bertukar lagi. Aku cuba nak cari interface yang kelasik.

Kelmarin petang, pada jam 5.00 aku tergerak hati telefon sahabat kita di Pulau Pinang. Yang menyambut panggilan aku ialah anaknya (bongsu barangkali). Aku memberitahunya itu panggilan dari Terengganu dan hendak bercakap dengan ayahnya. Terdengar ditelingaku, cukup petah memanggil ibunya. Lalu, aku dapat bercakap dengan isteri sahabat itu. Yang aku masih ingat nama, rupa dan gaya bercakap. Dia pun masih ingat aku, bila aku menyatakan  nama aku.

Sukan TahunanBerkelah di Pantai Makuo, Bekapit, Lahad datuBerkelah di Pantai Makuo, Bekapit, Lahad DatuGambar guru SMK St. DominicGambar guru SMK St Dominic

Aku mendapat tahu CG Razak baru sahaja pergi ke sekolah.  Aku berjanji akan panggil balik dan sebelah malam aku pun panggil balik. Panggilan pertama, isterinya kata dia sedang solat. Dan panggilan kedua, CG Razak sudah menunggu di talian.

Aku cukup seronok mendengar suaranya. Dia mengucapkan salam dan kami saling bertanya khabar. Yang mahalnya ialah gelaknya itu serupa macam dahulu.

CG Razak adalah senior kami, satu batch dengan CG Leham Md Som, CG Abdul Rashid Sulaiman, CG Ku Abdullah, Ustaz Ismail Yahya dan Ustaz Azhar Ujang.  Aku masih ingat, ketika kami iaitu Azalan, Fauzan, Awang Koding, Arshad dan aku tiba diperkarangan kuarters SMK St. Dominic, yang ada pada masa itu ialah CG Leham, Ku Abdullah, CG Hanafi, CG Ali Mansa, CG Alex dan ada lagi.. Kecut perut aku kami…. nanti aku cerita lagi, pasal aku nak recall balik memori aku yang tahap kena recaj sokmo ni..

Kelmarin punya cerita

Kelmarin, CG Rashid  bagi no telefon CG Mohamad Musip. Saya pun ber SMSlah dengan CG Mohamad. Yang lucunya sahabat saya tidak baca habis SMS yang saya tulis. Dia sempat bertanya mana? Saya jawablah Zul Spek, hahaha baru dia ingat Zul Ganu.

Gambar CG Zucafly

Gambar ehsan dari website sahabat saya  http://alyridura.multiply.com/photos/album/29

Selepas itu, saya aku  menghantar SMS kepada CG Nasirrudin Shah pula, dia tidak sempat nak jawab SMS sebab sedang naik motor dari sekolahnya. Saya Aku  pun ada cerita kepada orang rumah saya aku  tentang CG Nasiruddin Shah. Lalu saya aku  pun panggil, dapat juga berbual pendek dan berkirim salam kepada orang rumah masing-masing.

Edit:

Tambahan gambar terbaru dan di ambil pada hari Raya Haji di Kerteh, keluarga saya aku.

Gambar suatu hari di hari raya haji 2007Gambar suatu hari dihari raya haji rumah terbuka

1. Gambar bersama isteri dan 4 orang puteri.

2. Gambar bersama keluarga adik,  ipar duai dan sanak saudara di family gathering pada hari raya haji.

Flashback

“Masihkah kau ingat,

Sekuntum mewah merah

Lalu ku genggam ..

sehingga ia menjadi layu…

masihkah kau ingat

kita lari bersama

masihkah kau ingat

masihkah kau ingat…”

Itulah lagu Kopratasa yang sering menjadi siulan anak muda ketika itu.   Lagu itu juga lah membawa kenangan kami pada sewaktu dulu. Segalanya bermula di situ SMJK St. Dominic, Lahad Datu, Sabah.

Guru  SMK St. Dominic

Berdiri dari kiri: CG Azlan, CG Hanafi, CG Awang Koding, Ustaz Ismail  Yahaya, CG Alias Mohd Shah dan CG Mohd Musip

Duduk dari kiri: CG Ramiji, CG Zucafly, CG Alias Ali, CG Francis Yantim dan CG Ali Mansa

Guru-guru SMK St.Dominic

Berdiri dari kiri: CG Munis , CG Awang Matusin, CG Abd. Rashid, CG Dani Richard@ Johari, CG Alex,  CG Zucafly,  CG Awang Koding dan CG Hanafi Arshad

Duduk dari kiri: CG Yeoh Sek Goh,  CG Joseph, CG Alias Md Shah, CG Ismail Yahaya, CG Loo Hui Hoon dan CG Mohd Fauzan Karim.

Gambar staff SMK St. Dominic

Bergambar ramai-ramai dengan Pemangku Pengetua, Miss Amelia Capili.