Galeri

Briefing Di Sekolah Agama Al-Ikhlas Gombak

Galeri diwujudkan untuk mengumpul segala gambar kenangan manis bersama atau apa-apa sahaja event yang menarik.

Sila postkan info dan gambar untuk diletakkan di galeri ini  ke email:

1. arctz@streamyx.com

2. zucafly@gmail.com

Memori 1

Gambar di rumah bujang ketika kartunis Rejabhad datang ke Lahad Datu. Arwah dalam siri lawatan dan jalan-jalan cari kartunis yang berasal dari Sabah. Arwah ingat aku sama kartunis yang dilahirkan di sini atau salah seorang kartunis dikalangan tentera, pasal kartun aku keluar dalam ruangannya Senyum Skot dan Mekar di Gila-Gila.

Memori 2

Memori ketika sekolah mengadakan Bulan Membaca, sewaktu Encik Raymond Gintod menjadi pengetua . Kita menyewa Dewan Tun Datu Mustapha dekat Masjid Lama Lahad Datu.

Memori III

Entah apa yang difikirkan oleh kawan-kawan ketika itu.

Gambar staff SMK St. DominicGuru-guru SMK St.DominicGuru  SMK St. DominicGuru-guru SMK St DominicGuru-guru SMK St. DominicBersama CG Md Shah SidekBersama CG Md Shah Sidek

Update Terkini

16 Julai 2007

Semalam saya menerima mesej dari CG Rashid. Sempat berbalas SMS dan yang terakhir, tetiba tengok handset credit line dia habis. Hahahaha

Hari ini buka emel dan dapati attachment gambar-gambar yang dikirimkan oleh CG Leeham. Harap selepas ini, CG Leeham dah boleh kirim tulisan dan gambar sebab saya sudah hantar jemputan kepadanya sebagai administrator.

Cg Din and CG LeehamCg Din dan isteriCg Leeham dan isteri

Keluarga Cg Din dan keluarga Cg Leeham

Make a Comment: ( 86 so far )

blockquote and a tags work here.

86 Responses to “Galeri”

RSS Feed for Jauh Di Mata Dekat Di Hati Comments RSS Feed

wah, wah, ini macam sudah baguih! boleh gak
kita reunion, tanya khabar dan perkembangan
diri

terima kasih, insya allah kita boleh buat reunion..

Aku tak boleh nak tahan ketawa bila aku tengok gambar aku bersama manaf, zul, Md Shah dan tiga orang lagi tu( lupalah nama dia orang tu!).(rujuk pada gambar duduk tepi pagar tu)..ha..ha..ha..Siapa yang tangkap gambar tu ye?

Yang kau lupa namanya, isteri Md Shah Nanyan iaitu CG Dayang , Mr. Wong KL dan yang hidden (tak tahular) sama da Mr Ramijie ka atau MR Fauzan? hehehe serkap de’jarang ni..

Ham….bila aku klik foto awak bersama awek awak tu aku nampak berkilat je rumah awak tu…….awak ni ham memang pembersih macam dulu-dulu tu…keep on brother

Sah CG Nasiruddin yang bayar… dompet siap letak atas meja!!. Tak pe … meraikan kawan lama.

Hehehe sekali sekala apa salahnya.

Sid, gambar-gambar nostalgia tak banyak pada aku..kalau ada pun munkin satu dua je. Dulu aku mana hensem….Siapalah sudi ’shoot’ aku..Isk..isk..isk..isk (sedih)

Zul, hang baca tu komen Awang Je (no.8)- hang cari-carilah gambar nostalgia dia dan muatkan ke dlm blog ni, hi..hi…hi…

Wak Leham ni mana ye? Senyap je. Respon-respon le sikit. Tak kan nak bayar bil streamyx je… tapi tak digunakan.

Nanti, hari ni tak bawak album. Kita mintak Awangje buat keluar gambar-gambar X Files dia..hahaha

Wak Leham agaknya bz banget. Musim durian, hidu bau auranya aku kat sini..maklumlah takdak kebun durian..

aku ni baru belajak2 internet…. kalau anak aku ada, baru aku boleh balas-balas. ni yang lain2 x da komen? suhimi mana pi…
aku betul2 teruja dengan gambar2 d kitab kuning tu.. betullah ko orang ni, bikin ua pilu je…..

zul, sapa alyridura tu, lukisannya cam hebat-hebat, aku ada pi kat web dia, okay gak….

Yeh… yeh…!! Leham dah masuk balik.

satu kata-kata leeham yang masih aku ingt & menusuk perasan :

“Semut, semut”.

tak tau la klu tuan dia pun tak ingat….

Gambar sudah dihantar. Tentulah tak muda macam dulu. Jangan terkejut sudahlah. Bila teringat kekawan, bayangan dalam kepala macam tv. Cara Leham bercakap, cara Razak berjalan, cara Hanapi bercakap, jenaka Azam, cara Md.Khir seluk kocek, gaya Nasiruddin bercakap,dan macam-macam lagi, semuanya berputar kembali.

respons kepada no13:
Alyrudira tu kawan sekomuniti peminat, pelukis komik Malaysia.
Saya ada bertemu dengan dia sebanyak 3 kali. Baru-baru ini dia datang ke Kuala Terengganu. Masih lagi muda, berkerja pejabat penerbit antarabangsa dlm industri komik, animasi. Orang kampung Wak Leham / Ustaz Hj. Mohammad Amin tu area Muar.

Masih ingat tak Iskul Ispai? Penulis misteri yang datangg ke staffroom malam-malam dan surat siaranya ditampal di notice board. lawak tulisannya. lepas tu semua orang pakat baca dan gelak ramai2..

Mintak Wak Leham tolong jelaskan siapa Iskul Ispai?

Ye..ye..Cik Mad, Wak Leham dah masok.

Emm…Wak Leehamm, kau punya set stereo di Sabah tu ada lagi ke? Aku teringatkan si Mad Khir yang selalu putarkan lagu Ebbiet G addie…..JAMBATAN BATU!

Wak Leeham, itu soalan “cepu emas” tu dari Wak Jelani. Sila jawab!

Di sini ada seorang guru yang selalu menyanyikan lagu Jambatan Batu. Nyanyian tu mengingatkan aku siaran radio sabah yang selalu putarkan lagu-lagu Abiet. DAn secara tak langsung teringatkan stereo CG Leeham…

Siapa no CG tu? Memori aku tak dapat nak recall siapa dia.

Haha CG Ku Abdullah tu

1.Jelani yang anak mariam kat korea tu dah bersuara aaa… itu setero abih dah kaset pun dah x da… dulu aku masuk arqam dan tabligh, itu barang x main…. sekarang lain la pulak…
2.Itu ikul bersepai, ua rasa macam dah lupa la… tolong bagi tau….
3. Itu Azam aa.. Semut punya cerita, aku dah lupa la. kasih ingat balik apa disebalik tabir..
4. Ada ingat baju “rombengan” Rashid tuntu ada ingat punya…
5. Begawan Solo…gambar terbaru yang Azam antar tu…peeeh…. Ada 6 makhlok sebaya, sepesen,ssepesies nampak. Ada gaya “boria” Penang. Tu mesti pengaruh Razak “Tak Nampak”. Kata tak nampak, supaya x sama gelaran “Rashid Buta”. Tapi itu dulu….

respon komen 23.

gambar 2 antara koleksi di stdominic.

yg cerita “semut” 2 masa ada “gula” singgah / naik ke rumah….

aku rasa dulu2 pun ada “sotong” dgn “kerang”.Ye ke … ?

respons no 23

2. Iskul Ispai ialah nama semaran seorang reporter St. Dominic.apa2 berita news reporter ini kasi kaver up dengan mesin taip buruk dalam staffroom.. berita itu ada keluar kat notis board tempat hangpa duduk ..hang dan ku2 dollah.. kes Mr Sabastian terjumpa ???? dalam pun bawak dalam miting pun ada Iskul Ispai kaver up…ehehehe

5. aku tunggu sapa 2 respon hal borea nih…. hehehe skema habes masa tu…cam kugirang 80 an… Rashid dah tak pakai spek? aku heran ni reverse 360 darjah punya kes…

Yang selalu menguping lagu ‘jambatan batu’ di St. Dominic tu ialah Md Khir. Di sini (Selangor) cikgu yang suka lagu tu pun kulit sama macam Md Khir-colour.
<Ham….masuk Arqam bukan nak jadi Arqam kan. Nak kutip mana-mana yang betul sebenarnya. Yang tak betul jangan ambil. Orang Amerika pun bukan semua budayanya tak betul….Yang baik jadikan contoh, yang tak baik jadikan sempadan.

wak jelani…assalamualaikum!
arep tekon 2/3 perkoro….
1. bojone piro, anak’e piro
2. anak2′e seng gede pirang taun, seng cilik,lanang’e piro, seng wethok yo piro?
3. opo ejiek belajar bodowan kabeh. apo wes ono seng kerjo….
4. kue saiki gawe projek nyenap gambar rono rinie yo. jurugambar pro ketooae, wah tahniah!
5. due laman web dewek, wah apik tenanla…. gesok nak aku apak gae kerjo kawin anakku, aku ngontrek kue wae, keno apo ara?
6. ngono aie…. temu maneh….

perhatian-perhatian…

jwpn soalan no 6…

gambar aku & nasirudin kerang tu di ambil dikedai makan sekitar bandar sri iskandar…masa balik dari umah cg rashid tak buta….

Respon no.27.
Zul!, habih le kita! Depa bantai cakap jawa depa. Nganga le kita. Tak pe…tak pe!!!

Lagi respon no.27:
Leham dok sebut anak2 tu… depa nak berbesan kot nooo!!… hi hi hi!

hehehe kita bantai Banjar ayuh aje.. mini aku tak reti Banjar walaupun atuk sebelah emak dia Banjar.. Belah nenek dia pula Jawa, bapaknya Bugis…so camna nih? Jowo pun Jowolah janji rock!!!

Hang tengok Zul, Leham & Awangje tak respon pun komen 30 tu. Depa buat senyap-senyap je. Rasa-rasa betoi dah depa pakat nak berbesan tu…

Hehehe, nanti dia akan antaq invitation card yang besaq-besaq. Merewanglah kita dari Sg. Besar ke Muar/Batu Pahat, Syid.

Harap-harap cam tu le Zul. Tak kan depa nak lupa kawan kot!!

respon no 30,

camne plak rashid leh paham cakap jawe..
Kan blum ada respon dari wak jelani lagi..
Tunggu dulu.
Gambar terbaru Awg Jelani, yg mana satu gambarnye, bagilah klu, dari kiri berdiri ke duduk ke….

Assalamualaikum wbh.

respon no.27.
Wangalaikummussalam wbh!. Aku sihat saje Ham. Aku cakap melayule je….kalau cakap jawa rasa kelam kabut pulak jari aku nak mencari butang-butang key booard ni. Aku harap Wak Ham tak kisah…… BAnyak soalan ni, macam nak mulakan ye! OK lah..macam ni jelah;

dengan isteri muda aku ni aku ada tiga anak. Tak tahulah kalau ada rezeki lagi. Yang sulung perempuan, kelahiran sabah Ham. Sekarang baru tahun satu di UIA. Anak kedua lelaki, belajar di Sekolah menengah. Yang ketiga ni puteri. Baru darjah empat. Kalau tak mereka empat beradik, tak ade rezeki; keguguran. Tentang photography ni ianya adalah hobi aku yang terbaru. Dulu suka buat ekspendisi. Lalu aku terfikir tentu lebih baik kalau ada kamera sekali. Sebenarnya aku belum sampai ke tahap Pro tu…..aku rasa Rashid, Man dan Md Mursid lebih power lagi. Dia orang tu lebih Otai lagi tuh!…Aku buat fotopages tu untuk di isi dengan catatan biasa tentang pengalaman hidup aku untuk dilihat oleh keturunan aku pada tahun-tahun selepas aku meninggal nanti…kalau kekawan ada cadangan tentang kandungannya bolehlah aku masukan………………Emmmm aku rasa hari ni aku tulis macam formal je?…he..he baru lepas baca paper la……sepekara lagi aku kurang memberi respon ni pasal internet di rumah aku ada problem….sorry haaa. Tapi aku pernah tengok gambar Wak Leham sebelumn ni tau. Dalam majalah sekolah. Kau pakai Kopiah kan! wah bagus tu…. sebenarnya aku ada kesan banyak maklumat tentang kekawan ni, semua secara kebetulan….OK aku nak masuk kelas. Temu menih yoooooooo.

sori;
aku tak boleh aktif mcm dulu. Aktiviti awal tahun biasanya pg round2. Masuk bln2 8 smp akhir thn (kdg2 terlajak awal thn depan nya) dok dlm bilik ofis sorang2 – kerja pemerahan minda berlaku – sgt letih. Nak cerita pjg2 aktiviti ni pun susah juga – terikat dgn akta (sb tu smp la aku takleh nak buat blog sendiri walaupun berminat).
takpe lah, korang sembang2 la dulu. nanti kalau ada masa aku join sama.

respon no. 37

kesian engkau……itu lah yang menyebabkan aku tolak tawaran beberapa kali jadi PK sekolah. Sejak dari Sabah lagi. Kerja penngurusan ni memang memeningkan…….dan aku boleh kehilangan kebebasan…..kebebasan penting bagi aku

Aku pun cam tu jugak Awangje. Ada offer jadi PK kat Pengkalan Hulu. Tak payah lah… beban kerja teruk, kebebasan hilang, imbuhan tak berbaloi. Jadi cikgu biasa senang, siapa pun tak kacau. Betoi tak? Ramai kawan-kawan yang terima offer tu nyesal!

Siapa ye yang dah jadi PK ke GB ke…..

Yang aku tau CG Nasiruddin Shah dah jadi GB, CG Leham jadi PK, CG Ku Abdullah dan isterinya (CG Jamilah) pun dah jadi PK. Ustaz Ismail Yahaya pun jadi PK. Semoga mereka semua berjaya dalam kerjaya.

bagus juga kalau yang dah jadi PK ke GB tu turun di sini…..bolehlah berkongsi maklumat….tentang tanggungjawab dan keselesaan.’Comparison’ yang begitu bermenfaat kepada sesiapa yang memerlukan…

Info untuk Wak Je & yang lain-lain:
27hb Ogos nanti Wak Leham nak menghadiri konvo anaknya di Uni. Petronas di Seri Iskandar, Perak. Jadi, 25hb Ogos nanti Wak Leham nak ke rumah aku dulu. Berhajat benor dia nak jumpa Ku Abdullah & isterinya. Aku arrangelah untuk ketemukan mereka. Esoknya 26hb dia nak ke rumah CG Nasiruddin pulak dan bermalam di sana. Jadi, kalau Wak Je dan yang lain-lain ada kelapangan jemput le join sama pada 25hb tu.

minta-minta la jumpa wak jelani sekali. ku dolah dan nasiruddin aku dah telpon, dia sanggup. bagus sekali kalau dtg juga awang jie tu…, si hanafi & isteri. Itu suhaimi,azam….dan yg dekat2 tu dah tentu datanglah…razak bagida & datuk ramiji..

Wak Je & Zul:
Nampak tu apa kata Wak Leham? Datang le sama.

Kalau ada sumur di bendang,
Boleh bangla tumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
Insyaalloh kita berjumpa lagi.

jawab. Jangan tak jawab

Nak suruh siapa jawab ni?

Shid, jawablah apa-apa yang patut

Memetik padi di zaman silam,
gatal tangan perit lengan,
25/8 tu pagi, petang atau malam,
bersama pasangan atau sendirian,

Ini Sajak pulaK

he..he..
dua das sudah kulepaskan
namun tiada balasan saperti yang diharapkan!
mungkinkah mereka masih berkhayal,
mencari jawapan yang bersesuaian.

Zaman la padi dah tak pakai petik
Semua orang dah pakai mesin
Ikutlah hati terdetik
Boleh bawa pasangan masin-masin

Aku dah jawab… tapi tak disply kat sini!!

Ha… baru display.

Sori tadi tu salah taip display!!!

Ni aku jawab balik:
Zaman la padi dah tak pakai petik
Semua orang dah pakai mesin
Ikutlah hati terdetik
Boleh bawa pasangan masin-masin

25hb tu Leham dijangka sampai tengahari.

1.bawa le anak2 sekali. jadi bolehla anak2 kita berkenalang…..
2. kalau ada buah2 ke kuih ke bawak sekali, kita tibai sama2

Cadangan yang baik dari Wak Leham.

aku tak dapat menyempurnakan hajat hangpa. sedih gak sebab kes-kes tertentu. semoga hangpa selamat berjumpa dan kbersilaturahim. aku doakan semoga semakin erat dan padu..

Hello..testing…testinmg…1…2…3…

tempat zul tu agak jauh dari perak. kalau ikut Grik pergi balik berapa km zul? Dan berapa jam perjalanan?

Sedih gak Zul tak dpt join sama. Tak kata kat dia le… sbb jauh. Harap-harap Awang Je dapat join sama!!

Shid, hanafi katijah ada respons tak tentang perjumpaang kita ni? kalau dia ada mesti kecoh dengar suara dia. tak taulah macamana rambutnya tu, adakah masih spt dulu, macam alleycat….

Tak tau lah Leham oii! Aku dan Zul dok tepon tak pernah nak jawab. Mungkin dia sibuk & ada masaalah kot. Hang try pulak tepon dia.

Mungkin mereka tu belum bersedia untuk berkomunikasi dengan kita.20 tahun satu tempoh yang tidak singkat. Macam-macam boleh jadi. Paling tidak tentunya sibuk dengan ‘core business’ nya. Belum lagi dengan perkara-perkara ’sekunder’…… Tapi aku tetap menerima kawan-kawan dulu seadanya….Dulu-dulu tu dulu-dulu punya ceritalah…Yang sekarang dan akan datang inilah yang kita nak jaga…aku pun bukan ‘perfect’. Sama lah dengan engkau orang! Bukan semua orang boleh jadi jutawan..bukan semua orang boleh naik pangkat…tak semua orang sihat segar bugar….tak semua yang kita impikan akan tercapai…..sebab kita ni ada yang menciptanya….apa yang ada pada kita sekarang itulah yang terbaik uuntuk kita….

Zul! siapa yang berdiri di belakang demo dan azam tu (latarbelakang rumah sewa Md Khir tu!)Macam Ah Chai je! Si Loo Loi Hun ke (kelantanis)?

aku sekeluarga mucapkan takziah kpd keluarga Ku Abdullah d atas kepulangan ke rahmahtullah isterinya, cg Jamilah pada 8hb September 2007. Al Fatihah untuk al marhumah cg Jamila, moga dicucuri rahmat ke atas roh beliau, aminn. Alhamdulillah aku dapat berjumpanya seblm pemerigiannya, ketika reunion kali ke 3.

sebab tu digalakkan utk bermaaf-maafan sewaktu di akhir majlis., tak rugi…dapat lagi pahala!

Lama gak aku tak respon kat sini. Webmaster (Zul) kita pun dah lama tak respon kat sini. Kekadang tu dah tak dak isu nak diresponkan.

isu tu ada shid, cuma kita tengah sibuk nak exam ni…….siapkan soalan. Buat latih tubi. Buat persiapan raya dan macam-macam lagi. Kita kepenatan dan tak ada masa nak buka bloq ni!

cuma aku nak minta sapa-sapa yang tahu tentang sekolah pondok moden…yang ajar hafaz quran dan juga spm.

Wak Je, cuba hang masuk laman web di bawah ni… kot-kot boleh dapat info yang hang nak tu.

http://www.tahfizmalaysia.com/

Apa khabar rakan-rakan semua! semoga anda sihat-sihat sahaja….Bulan puasa ni masing-masing menyepi je…….apa letih benor ke? Aku memang letihlah……jadi sorry lah kerana tak talipon atau hantar sms…….kebetulan anak aku exam pmr…..sibuklah monitoring dia tu……Raya dah dekat, tapi aku belum bersiap apa-apa lagi. Tanggal 21/10/07 ni aku nak ke Batu Pahat. Ada kenduri di sana. Kalau ada rezeki aku nak singgah di rumah Alias Syah, Md Syah Sidek dan LeeHam. Itu pun kalau dia orang tak keluar..(maklulamlah waktu cuti begini masing-masing ada program).Jangan ditunggu sangat aku besok ni…..sebab waktu aku lalu melaka dan sampai di Batu Pahat tu belum pasti lagi……..

Alhamdulillah pada hari raya yang keempat yang lalu aku mengunjungi Leeham di Parit Sulong. Jalan ke rumahnya tak lah susah. Kalu dari Bat u Pahat kita kena cari Simpang LIma. Kemudian bila dah jumpa simpang ke Parit Sulong masuk ke jalan tu dan perhatikan Taman Perindutrian Seri Sulong di sebelah kiri. Selepas tu akan jumpa pintu gerbang Taman Sri Sulong di sebelah kirijuga. Masuk ke jalan tu…….terus jalan jangan kona-kona……..akan nampak rumah dia disebelah kiri juga. Alhamdulillah dia sekeluarga sihat-sihat je. Rumah pun selesa……Aku sampai tengah hujan jadi tak boleh lah posing diluar rumah. Depan rumahnya ada parit besar….tentu banyak ikan. Di rumahnya aku kekenyangan makan kueh dan bihuun sup johor……

thak you wak leeham!

ada beberapa gambar yang aku ambil……cua tengok dalam fotopage aku; lihat entry october 21st.

Salam Aidil Fitri buat semua sahabat. Mohon maaf dari kalian semua

Puhhhhh…..smartlah blog kita ni sekarang! kerja siapa ni hah? Engkau ke Zul? ini buat kawan tak sabar nak belajo…..boleh kan?

Assdlamualaikum wbt. lama betul tidak update website nih. Pagi tadi terima panggilan Awangje dari Lahad Datu. Beliau baru sahaja bercuti di sana, CG Nasiruddin pun ada di sana. Lalu saya membuat SMS kepada beliau. Selang beberapa minit CG Nasiruddin pun menelefon, dah hendak berangkat balik ke sini. Dia ketika itu baru mahu check in.

wah, cuti ni sonyap je masing2. aku punya internet ni baru je okay. sblm 2 asyik tak dapat / putus2 je. la ni aku dah baiki, nampak cam okay je. ada berita yg fresh2. yang tambah anak, tambah bini ke, anak-anak seme sihat. Anak aku yang sulung dah keje. Pensyarah kat polytek MARA. tapi kat sini, batu pahat la…. sonang sikit aku. boleh gek ngendeng….

(mintap maaf eja Assalamualaikum pun salah itu) kelam kabut sebab cam cerita hit n run kat cc. nak update kat sikul x boleh woi. hahaha ingat nak terpa tok penghulu kat BP, tahu-tahu hujan pulak dan tanda-tanda kat langit cuaca x mengizinkan. langsung ke Cameron Highlands dan Kuala Kangsar. pun keadaan x mengizinkan jumpa rashid di Parit Buntar. tahu2 jumpa kat Kuala Terengganu.

http://www.flickr.com/photos/50404099@N00/

Mana tak senyap wak Leeham……….kerja tahun 2007 belum seetle down lagi. Dah lah tu rewang kejubus tak habis-habis. Tu belum lagi kena jaga SPM /STPM.. Cuti ni aku banyak ke kampung orang tua aku….buat tambahan bilik di rumah bapa aku. Lagi pun akulah yang paling terdekat berbanding dengan brothers & sisters aku yang lain. Siang di Kampong, malam di rumah sendiri. Dua hari lepas aku baru balik dari Lahad Datu. Sempatlah menjengah sekolah st Dominic. Ada gambarnya pada entry december 14th. Lepas ni aku akan muat naik gambar-gambar lain. So rajin-rajinlah klik di situ selang dua hari…..

Wassalam wbh.

p/s : Zul, aku tak sempat ke K. Terengganu bulan december ni….tahun depan kot.

Hari semalam aku ada muat naik gambar-gambar kuaters st Dominic. Anda boleh buat banding beza dengan kuaters guru-guru sekarang!

Aku baru menjenguk gambar wak Leham sekeluarga yang dikirimkan atas kunjungan balas aku. Hahaha dulu kuning langsat sekarang biru laut…

assalamualaikum,
wak jelani, gambar yg d st dominic tu engko letak kat mana ye? Ni satu lagi la Zul, wa ingat aa, page yg baru ni di punya tulisan macam kecik je la… aku nak baca macam rabun sikit. aku rasa warna yg dulu tu lagi okay kut…. atau pung, tulisannya di besarkan sikit gitu.

Wak Leeham, gambar-gambar tu ada di http://didepananda.fotopages.com
aku rasa engko wak dah agak rabun sikitlah…macam aku je…he.he….benda-benda yang kecil memang susah nak ditenang dari dekat……..

DAH JUMPA DAH GAMBAR YG WAK JELANI KATA DIA AMBIK DI LAHAD DATU TU…..

SELAMAT MENGAJAR SEMUA, MENGAJAR DENGAN PENUH DEDIKASI DAN IKHLAS, SABAR DAN KASIH SAYANG……..

tahun baru ni aku kena ngajar anak-anak kekawan dengan saudara mara….stress laaaaa……

Malam tadi aku agak lewat masuk tidur. Melihat akan minute’s plan masih banyak berbaki lantas aku contact Ismail Jusuh. Alhamdulillah dia masih berjaga…sedang tilawah kitab.that is okay,…if i have any problem i will ask his opinion. Then kami berbual …berbual panjang. Termasuk main agenda tahun 2008 ni.Nampak gaya dia ni akan brmandi peluh di kebun barunya….Tahniah syeikh! Nanti kalau aku ke KT bolehlah makan buah-buah tu………. kekawn lain nak buat ape tahun ni?

assalamualikum wbt, sahabat-sahabat. lama membiarkan blog ini tidak diusik. apa khabar semua? ucapan selamat hari guru yang akan jatuh pada esok hari.

Entahlah Zul………masing-masing repot kot.
Aku dengar Leeham bukak bisnis………..congrat! Dah kaya nanti buatlah kenduri sikit………..

Salam Wak Lee Ham,

Selamat berpuasa. Apa khabar? Hari ni dah ke kebun ke belum? Maksud aku kebun kelapa sawit sampaian tu lah! Tentu loaded sampaian sekarang ni. Tu belum campur jus manggis lagi! Tahniah!


Where's The Comment Form?

    About

    Mendekatkan yang jauh dan menjalinkan silaturrahim

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • Komen-komen terkini bagi semua kiriman dalam RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...