Info

Ruangan Info ini bertujuan untuk sahabat-sahabat mengesan di mana mereka berada sekarang. Hanya alamat tempat bertugas terkini akan tertera. Insya Allah, no handphone tidak akan diletakkan di sini

13 Komen

13 thoughts on “Info

  1. Assalamualaikum cikgu… terima kasih kerana melawat laman web yang tidak seberapa yang saya buat hanya untuk menghilangkan rindu saya buat pelajar2 saya di SMK. St. Dominic, Lahad Datu. Saya merupakan bekas guru SMK. St. Dominic, Lahad Datu yang kini sudah tidak mengajar sejak 2005. Tetapi laman web sekolah masih berada di bawah selenggaraan saya. Saya memohon jutaan maaf daripada cikgu kerana laman web ini mungkin serba kekurangan kerana saya bukanlah arif dalam hal laman web. Hehe saja nak buat tuk semua bekas guru & Bekas pelajar dan pelajar sekarang melayarinya. Sekirannya cikgu mempunyai pandangan saya amatlah berbesar hati dan ucapkan jutaan terima kasih bagi pihat sekolah biarpun saya tidak lagi mengajar di sana.

    Untuk pengetahuan cikgu… cikgu Loh masih lagi mengajar tetapi kini mengajar di Sekolah Rendah St. Dominic… yang paling lama pun masih berada di sekolah sekarang ialah Ustaz Hasnan Abu Bakar yang kini menjadi Panitia Pendidikan Islam… yang lainnya sudahpun bertukar / balik ke kampung halaman masing masing.

    Itu sahaja yang dapat saya berikan di sini… Terima Kasih Cikgu… semoga ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah sesama kita. Insya Allah

  2. Insya Allah, itu yang kita harapakan semoga silaturahim dan ukhwah dapat dijalinkan, CG Azri.

    Usaha anda cukup besar membina laman web untuk bekas sekolah dan pelajar yang disayangi. Keep it up.

    Kami sedang berusaha mengesan bekas guru-guru lain seperti CG Zainol , Ustaz Elias, CG Badaruddin, CG Ismail Mat Aini, CG Khairol Zahari, CG Zuraidi dan ramai lagi semoga tampil memberikan butiran mereka berada.

  3. untuk pengetahuan cikgu… cikgu boleh berhubung dengan kerani sekolah di talian 089-881525 / fax 089-884090

    kerani sekolah sekarang ialah pn. Ngatiah Senin isteri kepada cikgu Khaironi Jazuli…

    cg Zainol dan ustaz Elias dah berpindah balik ke semenanjung… tp butiran lanjut insya Allah akan saya berikan di sini setelah saya dpt menghubungi kerani sekolah.

  4. Wahai kawan-kawan guru di St.Dominic, Lahad Datu (1980-1985)-> Ustaz Azhar Ujang (N9), Alias Md Shah (N9), Mohamad Harun (N9), Abd Manaf Ulang (Johor), Mohamed Fauzan Abd Karim (S’gor), Mohd Shah Sidek (Melaka): Di manakah anda semua?

  5. Aku dapat berita baik…….kawan kita, Si Ismail Jusuh (yang rumahnya tepi kolam berkangkung-hujung kelas)dapat rezeki. Maksud aku; anak lelakinya dapat masuk belajar di Universiti Azhar di Mesir. Aku rasa itu anaknya yang kedua belajar di Oversea. Ismail beritahu aku minta tolong cari-carikan sumbangan untuk anaknya tu. Kesian juga aku pasal dia seorang je yang kerja. Anaknya pulak 13 orang. Aku pernah ke rumahnya..kebetulan kursus tu dekat denga rumahnya. Memang kehidupannya sederhana. Jadi kalau kekawan boleh cari sumbangan di tempat masing-masing elok juga tu. Ini adalah maklumat bank dia dan no.akaun nya.

    Ismail Bin Jusuh
    Bank Simpanan Nasional
    No. Akaun 11104290000

    mudah-mudahan sumbangan kita tu dapat meringankan masalahnya.

  6. Aku rasa elok kita bincang-bincang mengenai sesuatu yang kita hadapi sekarang. Tidak dibatasi kepada cerita-cerita dulu je………..

    Aku mulakan dengan benda nih.

    melihat keadaan Don semasa re-union hari tuh, aku sangat simpati. Berbeza betul dengan dirinya 12 tahun lalu. Yang aku maksudkan ialah kesihatan buah pinggang nya. Dari pemerhatian aku, kebanya
    kkan penderita masalah buah pinggang ni kerana mengambil ubat yang tak sesuai(tak alami/natural)dalam jangka masa yang lama. Kebanyakkan ubat yang dipraktikan sekarang memang mendatangkan kesan sampingan negatif.Paracetamol yang berluluasa di pasaran sekarang ni tak juga terkecuali. Tapi kita boleh atasi elakkan kesan negatif tu dengan beberapa cara….

  7. yang aku maksudkan mengelakkan tubuh dari kesan sampingan negatif ubat-ubatan konvensional tu ialah dengan memahami sebab-sebab sesuatu penyakit tu dan mengatasi punca masalah itu….bukan dengan terus mengambil ubat paracetamol tu…..ek.. faham ke kau orang?

  8. Assalamualaikum,saya adalah ex-student SM St.Dominic.L.Datu.Dah lama saya ingin mengetahui khabar berita cikgu-cikgu yg pernah mendidik saya esp.Cikgu Muhamad Musip,Ust.Ismail Jusoh,Ust.Azhar Ujang,Cikgu Leham,Cikgu Alias dan bebrp lagi yg saya kurang ingat.Bila melihat gambar cikgu Mumahamad diwebsite ini saya amat pasti dialah cikgu yg pernah mengajar saya BM dan byk memberi motivasi hingga saya sampai ke tahap ini..t.kasih. Saya tak pasti samada beliau masih ingat pd saya atau tidak,but he was the best teacher that i ever had.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s